Friday, December 02, 2005

Kenangan bulan Disember

Baru-baru ni aku menelefon rumah, menanyakan khabar mak, abah dan family di Msia bagaimana. Terlanjur menelefon dan baru-baru ni juga keputusan UPSR dan keluar kan, aku pun tanya pada mak pasal keputusan dua orang anak buah aku yang menduduki peperiksaan tersebut tahun ni. Sorang tu dapat 2A 3B dan seorang lagi 2A 3C. Ermm...tidaklah memeranjatkan keputusan tersebut kerana sejak awal lagi dah menjangka keputusan tersebut bakal diperolehi oleh kedua2 anak buah aku tu. Tetapi yang paling menyedihkan adalah sikap mereka apabila ditanya selepas peperiksaan.
Aku sempat jugak jumpa budak 2 orang ni masa pulang bercuti di Malaysia baru-baru ni. 'Senang ke periksa hari tu?' tanya aku. Tak sampai 1 saat dah jawab 'Senang!' Bagi aku lah peperiksaan UPSR sekarang tidak mencabar kerana terlalu banyak kelonggaran yang diberikan pemeriksa masa kini. Sebab itu, ramai yang tidak sukar untuk mendapatkan 5A...jadik...apa yang diperolehi oleh dua orang anak buah aku tu memang menyedihkan. Selain byk main2, mereka juga degil dan besar kepala. Budak2 zaman sekarang ni banyak sangat terdedah dgn teknologi. Contohnya internet...kalau dulu ada game dan boleh pasang kat TV, lepas tu ada PSOne, PS2, XBOX...sekarang dah melepak berjam2 kat cybercafe main game online. Bila kena attack sanggup mencarut2. Perkataan2 yang tak pernah aku hambur masa berumur 10-12 tahun tu...aku geleng2 kepala je tgok budak2 zaman sekarang nie.
Ada sorang lagi anak buah tu...yang ni perempuan...berjaya sikit 4A 1B. Tapi mak aku kata sekarang ni kalau tak straight As semuanya nothing...tkde maknanya bak kata Marsha AF3. Hmm... teringat the last time I got straight As... tentulah kenangan bulan Disember aku yang paling takkan aku lupakan. 30 Disember 1997, aku mendapat 8A dalam peperiksaan PMR. Itulah batu loncatan yang melihatkan aku dapat masuk SBP firstly...kat Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor atau ringkasnya KUSESS (just two months there) and then aku dapat tawaran ke MRSM Taiping sebagai intake jahanam yang terkenal time tu (sbb masuk lambat). Kemudian ke Matrik Kuala Pilah (KMNS), hampir2 ke UTM Skudai dan akhirnya ke Shah Alam di PPP (INTEC), UiTM Seksyen 17.

Ermm...begitu cepat masa berlalu dan 14 Disember 1999 pula mengingatkan aku hari terakhir aku di MRSM Taiping. Terasa lega waktu tu sebab zaman sekolah dah tamat dan yang paling penting, aku bukan lagi intake jahanam time tu... hehehe.

p/s- Katanya ada gathering makan2 batch aku bulan ni..ermm..sempena hari 14 Disember tu la kot...ermm dah aa jauh... kalau aku kat Msia pun, ermm kalau pergi buat aku ingat jek menda2 tu semua...kan rakan2 sekelas ku? kan? (rakan sekelas 5-13 yang digelar 3rd intake).

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
free hit counter script