Tuesday, November 01, 2005

Dedebu Cinta

Sedap dibaca sambil dengar lagu Dedebu Cinta - Misha. Kekeke....

Diinspirasikan oleh sebuah kisah benar
Based on a true story.......

I

Pada awalnya, Ana tidak menyangka rakan yang menjadi peneman lepak di taman permainan setiap petang itu akan jadi perindu dirinya. Dia, Adi, merupakan sekadar kawan, jiran dan rakan sepermainan sejak kecil lagi. Hati mula terdetik ketika mereka berumur 19 semasa masing-masing perlu berpisah, masing-masing perlu membawa masa depan yang lebih penting ke UTM dan MMU. Semasa pertemuan terakhir sebelum berpisah, Ana tiba-tiba merasa sedih dan menitiskan air mata. Adi pula sebak di dada. Inikah dinamakan cinta?

“Adi suka main bola. Kau macam tak tau. Jangan risau lah Ana. Ligamen dia putus pun sebab dia kuat sangat main. Aku boleh jaga Adi“ kata Rina, teman rapat dan juga jiran Adi dan Ana, semasa Ana melawat Adi di hospital kelmarin.

“Itulah, orang kata jangan main kasar-kasar sangat,“ nasihat Ana sambil menumbuk manja bahu Adi.“Mana ada, Ana, abang main sikit je. Dah gian nak main bola,“ kata Adi sambil tersengih. “Ni dah kali kedua tau?“ ujar Ana mengingatkan. Bahagianya.... (suka je aku part ni....kalau la aku, kekeke)

Ana perlu pulang ke UTM. Hidup sebagai pelajar jurusan kimia dia selalu sibuk dengan praktikal di makmal, kertas kerja dan juga kuliah. Mata Ana bertentang dengan mata Adi. Jelas dari kaca mata masing-masing, tidak ingin melepaskan pandangan yang terlalu indah di hati. Tetapi mulut tidak menuturkannya dan mereka berpisah. Hidup perlu diteruskan.

Hari semakin hari, Ana mula memikirkan tentang Adi. Dia merasa suatu perasaan yang pelik.
Dia ingin menelefon Adi, jantungnya berdegup kencang. Dia takut Adi sibuk dengan kerjanya sebagai pelatih di sebuah syarikat di KL. ’Aku perlu telefon. Dengar suara pun jadilah’.
Ana menunggu Adi mengangkat panggilan tesebut. Tatkala mendengar suara Adi, Ana terkedu, cuma perkataan ’Hello, Adi apa khabar?’ Terkeluar dari mulutnya. Dengan pantas dia meletak panggilan tersebut. Ana gugup, dia kini merasakan dirinya dilamun cinta. Adi pelik tetapi dalam masa yang sama, dia juga merasakan sesuatu seperti Ana.

Bersambung.....

1 Comments:

Blogger Pai said...

dis is a good stuff abg elchal..kepp the good work!!

Tuesday, November 01, 2005 6:54:00 PM

 

Post a Comment

<< Home

 
free hit counter script