Wednesday, July 20, 2005

Panas ke? Tidaklah......

Panasnye summer nie, lagi2 kalau ade perasaan panas dalam hati. Hehehe. Gurau je. Anyway, aku dah merdeka. Cuti pun dah bermula, dan paling penting dalam semester ni aku dah lulus paper Organic Chemistry 1 aku tu..huhuhu, paper dajal. Itu bermakna, aku dh berjaya mendapat Vordiplom (mcm pre-degree la..rasanya la...eh, betul ke?)

Hari ni aku nak cakap pasal egoism. Hehehe, teringat kisah kt KUSESS dulu. Satu masa, aku kena buat ucapan masa time BM. So, topik yg aku pilih masa tu adalah ego. Dahla masa tu aku mmg ade mcm hentam seseorang kt kelas aku masa tu. Bila aku habis je buat ucapan, ada la beberapa orang datang kt aku "Speech ko buat aku terasa la," then "Pedas gila la". Aduii, tapi aku bersyukur lah sebab ade yang sedar. Kalau buat dunno jek, memang ego tahap cipan la.

Konsep ego : Rasa diri tu best sangat. Senang je, sesape rasa camtu, dia memang ego. Sebenarnya memang semua orang ada perasaan ego. Cuma perasan tak perasan je.

Orang ego yang pertama ni rasanya diri bagus sangat kot. Maksud aku, dia rasa dia boleh buat semua sendiri. Tapi bila orang tanya kenapa tak boleh tolong, jawapan dia "Aku tak mau menyusahkan orang". Ceh. Padahal susah gak. Orang macam ni biaq pi je. Terkojol tepi jalan.
Positifnya ego ni, kalau dipupuk secara sihat la, boleh menyemai sifat berdikari. Tapi kalau dh hancus sgt, nak berdikari camne dik oi.

Ade gak yang ego, masih lagi rasa diri bagus, tapi tak pedulikan orang lain. Ego macam ni nak kata degil pun boleh. Orang cakap jangan, dia kata ye. Tak ke pening. Aku hukum gantung kang,baru tau. Huhuhuhu...

Kadang2 rasa ego ni pun dipupuk dari pengalaman. Sebab sebelum sesuatu berlaku, dia dah pernah merasai. So bila dia jumpa orang baru, dia maybe pandang rendah orang lain. Negatifnya ego ni ialah men'underestimate'kan orang sewenang2nya. Kesannya: ego ni menyerlahkan kebodohan org tu sendiri. Contohnya macam, sebelum ni dia pernah ada kawan yang ikut apa je dia buat. Tapi sekarang, bila dapat kawan baru yang tak ikut kata2 dan aktiviti dia, ade je kutukan dia pada kawan dia tu (tak kiralah vocally or pendam dlm hati je) dan dia buat pandang tak pandang je. Itu adalah contoh sahaja. Contoh lain, mcm dia kata PMR dia dpt 8A, takkan Vordiplom tk dapat. Ala, apelah bodoh sangat. Malas nak komen.

Hmm...tak tau la. Aku rasa kalau nak menghalang ego ni menguasai diri, solution nyer adalah menghormati orang lain, lebih2 lagi yang muda kepada yag tua. Yang tua juga kena hormat yang muda. Tapi kalau ikut ilmu alam, kalau yg muda hormat yg tua, yg tua takkan teragak2 nak hormat yang muda. Walau bagaimanapun, sifat ego ni tak dapat la nak disembuhkan dalam diri kita. Maksud aku, sifat ego ni lebih kurang macam HIV/AIDS la. Takde cure.

Lastly, berdoalah agar kita dijauhkan sifat ni. Mintak dijauhkan segala bala dan dapat mengikhlaskan diri dalam segala apa urusan. Kalau kita dapat buat begini, akhirnya orang ego yang lain pun akan sembuh drpd ego diorang sebab tgok keikhlasan kita. Percayalah..

P/S : Kalau dah gila, orangt tak panggil ego. Orang kena panggil Hospital Bahagia, suruh datang tangkap. Hehehe

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

hahahha..pandai en. elchal..pas nie bole tulis pasal emo dan eko plak?

Wednesday, July 20, 2005 8:51:00 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Entry kau kau buat aku terasa la. Pedas gila.

Thursday, July 21, 2005 12:29:00 AM

 
Blogger elchal said...

Huhuhu... sape unknown nie? Seseorang dr Hosp. Bahagia? =)

Thursday, July 21, 2005 2:52:00 AM

 

Post a Comment

<< Home

 
free hit counter script