Sambungan sebahagian...Mencari Dia
Nafas aku turun naik. Mukaku merah padam. Aku tak percaya.
"Kau tipu! Aku tak percaya Ila dah kahwin!" jerkahku seperti budak-budak.
"Kau tak percaya tu masalah kau. Ya Allah apa kau ni? Aku cakap yang benar, kau tak percaya. Kau kata aku tipu. Tak percaya sudah. Aku benci aa orang tak percaya cakap aku!" balas Dino.
"Argh, kau saja. Kau saja nak asingkan aku dari dia. Weh, tengok muka aku weh! Berapa banyak kali dah aku kecewa. Kau...aku anggap kau sebagai kawan. Kau tipu aku....kalau betul pun...kenapa sekarang baru kau nak bagitau aku? Kau ada apa dengan dia?!!" soal aku. Jari aku semakin menuding ke muka Dino. Dia masih lagi kaget duduk di kerusinya.
Dino diam seketika. Kemudian bersuara, "Tak percaya sudah. Esok kau tanya Ila sendiri," jawabnya perlahan.
"Apa nie...Ya Allah.... Korang nie gila ke bercinta sesama adik-beradik? Kau dah gila ke?!! "
Dino kemudian pergi sendirian membeli mee goreng mamak. Cadangan nak mengajak Rizal bersama tak menjadi. Satu ketika, wang syilling 50 sennya jatuh di tengah2 jalan raya. Ketika jalan sunyi dan lengang, Dino cuba mengambil syilling tersebut. Tiba-tiba sebuah kereta entah dari mana, memecut deras ke arah Dino. Degupan jantung Dino terhenti di situ...buat seketika.
Apa hubungan Dino-Ila? Benarkah mereka adik-beradik? Benarkah Ila itu yang dimaksudkan Dino sebagai teman wanitanya?
"Kami tak pernah kata kami adik-beradik! Yang kami pernah kata, awak, saya dan Dino macam adik-beradik!!!"
Kelu lidah aku. Apa yang aku cari selama ini? Aku lupa diri aku. Aku ingat aku sahaja yang betul. Apa yang aku rasa bagus untuk aku, semua itu adalah betul.
Ila........ hilang,
Dino..........., pergi buat selamanya,
Aku........., pedih jiwa...... mulanya aku pernah terfikir untuk tidak mengharap. Tetapi aku tak pedulikan. Seperti yang aku jangka terjadi....
Yang perlu aku cari sebenarnya ialah mencari Dia........
Aku kutip duit syilling yang terjatuh tadi.
Aku berdiri tegak semula.
Bang!! Pandangan aku gelap........
Kesian si Rizal.....kesian Dino...kesian Ila.
"Kalau aku cari Dia, Dia tentu bagi aku macam2. Kini baru ku tau..."

2 Comments:
mane bahagian pertama?
Saturday, July 09, 2005 12:23:00 AM
Takde bahagian2.... citer ni sangkut2, lompat2... nanti ade masa, aku habiskan....dr awal sampai habis.
Saturday, July 09, 2005 9:15:00 PM
Post a Comment
<< Home