Cebisan dari otak aku: Mencari Dia
Dah lama dah citer nie aku nak karang,tapi selalu je takde mase....nama citer Mencari Dia. Dalam citer nie watak2nya base on nama2 yg aku penah kenal sepanjang hidup aku setakat nie. Ada gak aku nak reka pun. Kata2 dan ayat2 pun semua aku petik kata2 sape2 yang pernah aku jumpa dan kenal.
Dah lama dah tak karang citer. Dulu masa kecik2 selalu je ambik satu buku latihan buat karang citer2. Kadang2 lukis komik walaupun tak bagus melukis pun. Pas karang citer, sorok bawah katil, malu kasik org baca . Tak tau sebab apa. Satu hari abah kemas bawah katil jumpa buku tu. Terus dia baca. Pastuh abah pun tanya "Apa awak(slang Pahang le sket) selalu buat masa lapang? Tulis citer ngarut eh?". Pastuh aku lagik malu. Sampai skang tak tulis citer. Kalau aku sambung tulis lagik, mesti aku dah femes kan? hehehehe
Okle niela dia sedikit idea dari otak aku utk citer Mencari Dia. Kisah ni pasal orang nak mencari cinta. Dalam masa mencari cinta dia jumpa menda2 lain yang dia sendiri tak sangka. Akhirnya cinta tak mudah dicari...sad ending kot...
"Zal, kau takde awek ke?" tanya Dino. Perbualan lelaki sesama lelaki telah bermula. Aku tersenyum. Ade ke tanya soalan tu pada aku? Dino tambah lagi apabila aku buat bisu, "Penting ada awek ni Zal. Haa, nanti kalau kau jalan-jalan dia boleh teman, paling best kalau kau belajar lagi. Kat universiti ke, masa grad awek ade kat sisi. Tak ke cun?" Aku cuma dapat gelak besar. Lawak sungguh Dino ni rupanya. Dah lama jadik jiran satu blok pun, baru ni kenal si Dino ni macam mana rupanya. Peramah. Kawan yang terbaik semasa aku dah terfikir aku tiada teman.
Gelak aku terasa kat perut. Senak.
"Macam kau ade awek. Terceruk dengan lukisan arkitek ko kat dalam bilik sini, macam ada?" aku cuba membalas selepas habis melepaskan nafas tergelak aku tadi. Dino tak marah tapi membalas, "Eh ada, awek aku. Junior zaman sekolah aku dulu. Aku jadik buruan ko tau? Ada kelab peminat lak tuh." Dino mencapai rokok sebatang dan menyalakannya. Dia hisap. "Diala perempuan paling lawa masa kat sekolah aku dulu," ujar Dino bangga sambil mengangkat kening ala poyos.
"Waaah," aku membalas konon rasa bangga, "kau sekolah mana dulu Dino? MCKK? SDAR? STAR? SAS?" Ayat2 aku dibalas dengan gelak ketawa. "Yelatu...kau ingat aku gay ke?" selar Dino pada aku.
Okle tu aje... tatau le...citer ade dlm otak...tatau le pjg mana. Harap terhibur....

0 Comments:
Post a Comment
<< Home