Thursday, February 17, 2005

Cuti dan tido

Sekarang ni aku sedang menikmati cuti dan tidur secukup-cukupnya. Hehehe, macam masa ada kelas je aku tak cukup tido, siap tido sampai ponteng pun ade...hehehehe. Tapi time cuti ni lain sket. Pressure dah kurang. Cuma pressure nak tau result exam dapat baper je yg tak tenang² lagi ni. Semalam baru menghabiskan masa 2 hari berjalan² ke bandar Prague di Republik Czech (RC). Termasuklah jugak menghabiskan segelintir duit rakyat yang menampung pembelajaran aku disini.
Prague bandar lawa bangunan la kalo nak didescribekan. Bangunannya dikatakan dah bartahun² lamanya. Dari segi rupa nampak lawa, macam baru buat je, tapi umurnya dah jangkau² dah. Ada gak bangunan² lama seperti clock tower dorang ngn powder tower. Inila first time aku jumpa powder tower kt Europe ni.
Aktiviti utama aku adalah berjalan-jalan sambil mengeluarkan wang membeli cenderamata yang agak mahal jugak disini. Aku pergi ngn member² bernama Sue, Shazwan ngn Syux. Kebetulan nama dorang ni semua start ngn S. Aku sorang je F. Hehehe. No point.
Matawang RC ni adalah Koruna (Crown). Rate 1 EURO = 30 Crown = 5 Ringgit Malaysia (RM).
Aku tak kira lagi berapa yang aku habiskan untuk trip ke Prague ni. Tapi kemungkinan adela dalam EUR 150 untuk penginapan, makan² dan shopping. Itu belum tambah duit keretapi lagi. Takpe. Nanti aku pikirkan. No point.
Okla. Mungkin ade la aku upload gambar² pergi Prague ni nanti dalam fotopages aku. Boleh le sape interested nak tgok, tgok jela.... Tapi maybe ade yg dah pernah pergi dah. Mesti tak heran pun. No point.
Timaseh................!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
free hit counter script