Wednesday, June 22, 2005

Aku bukan ahli muzik!!!

Ini lagu yang aku cipta sendiri masa tahun 2000, masa tu kat Matriks Kole Pilah. Disebabkan bosan, kadang2 bila tgok cermin (nak sikat rambut) dapatla idea nih, tambah2 masyuk lagi mase mandi. Tapi disebabkan aku ni bukan ahli muzik, so aku tak dapat le menukarkanye ke dalam bentuk lagu. For sure, lagu rentak jiwang la.
Tahun 2004, tahun lepas aku modify sket lirik. Dah 5 tahun, terperap lagu ni dalam otak. Best, esp bile tgh down. Lagu ni beri semangat pada aku. OKla.
Kalo nak tau, siapa 'aku' dan 'kau' dalam lagu nie, kedua2nye org yg same sbb seperti yg aku ckp tadi, aku dpt ilham ni mase tgok cermin. So kiranya bila tgok cermin, sudah tentunya korang tgok diri sendiri....



Lagu tema MIGENAS
Aku Tahu (2000/2004)

Aku tahu dan kau tahu,
Perasaan yang tersirat,
Dalam hatimu dan jua diriku,

Hampiri kejayaan,
Tepiskan segala halangan,
Kita melangkah,
Gagah dan jangan menyerah.

Ku tahu nasib diri bergantung pada diriku,
Sekiranya usahaku disisiku,
Yang indah bukan mudah,
Segala payah perlu diredah,
Akan ku hadapinya dengan tabah,

Biarlah dunia mengata engkau dah kalah
Yang pasti engkau tahu
Engkau kan terus melangkah
Teruskan...,
Langkahmu oh teman
Kuyakini, aku pasti
Ku pasti.....

Telah terbuka,
Rahsianya tiada apa,
Itulah kuasa Yang Maha Esa,
Hanya Dialah yang mampu,
Memberikan dirimu,
Kejayaan yang kau nanti-nantikan,

Aku berjanji,
Pada diri sendiri,
Takkan menyerah,
Selagi aku tak rebah,
Ingatlah segala janjimu,
Ikrarkan sepanjang hayatmu,
Untuk hari ini dan jua selama – lamanya
Oh, di sini…




Lastly, perasan la aku nak buat lagu,
Study la wei!!!!!!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
free hit counter script