Monday, July 11, 2005

He he he he hentak kang!!

Hari tu naik hits aku pas aku keluarkan entry 6 Julai tu. Hehehe tatau kenapa.Maybe orang2 kt Friendster tu nak carik mende2 tu semua pastuh terbukak blog aku kot. He he he hentak kang korang ni semua!! Hehehe. Pastu aku juga nak mengucapkan selamat datang kepada pengunjung blog aku daripada Singapura, Jepun, Portugal, Argentina dan Colombia. Thank you very much for visiting. I'm so sorry for u all to read my blog in Malay. Paham ke? Aku rasa diorang ni orang2 embassy kot. Agaknya bosan2 kerja kt embassy, dorang pun surf blog aku. Thank you very much. Anyway, selamat datang jugalah diucapkan. Satu lagi, terima kasih juga kepada eMakcik yang suka memberikan comments panjang lebar. Huhuhu. Baca jangan tak baca. Datang jangan tak datang. He he he he lawak sambong....erks! bukan....

Perihal MIRC laks (tiru santo). Ade sorang ni nak carik akak angkat. Pastu kan bercerita kat aku yg dia minat akak ni dan nak jadikan akak ni akak angkat dia. Syahdu tol. "Tak pernah merasai kasih sayang seorang kakak". Sedih je aku dengar. Tapi masalahnya dia ni pemalu pulak. Mcm nak ngayat awek je pulak. Dah la panggil aku abang lak tu. Aku kata la...bitau jela. Tapi dia malu, "Malu aa...". Adess.. Pastu lama je aku tunggu dia tk balas, rupanya layan jiwang (sebak...nangis kot). Ada lagi orang susah camni ek...nak jugak cari akak angkat. Lagi susah drpd aku nak cari kawan yg loyal. Hehehehe. Moralnya: Banyak manusia, banyak ragamnya. Aku bukan nak ngumpat.

Renungan hari ni: Satu malam tu aku naik s-Bahn (Tram) nak balik rumah. Tiba2 ade je sorang mamat ni naik tram dan berdiri depan pintu tram tu. Pintu tram tu pun tertutup ngn automatiknya. Pastu nampak dia buat signs pakai tangan. Buat bunyik2, yang at first buat aku rasa annoying sebab aku tk tgok betul2 sgt. Aku tgok thru' cermin reflection je. Pastuh, aku tertengok la jugak. Rupa2nya dia ni orang bisu and ada lagi sorang kawan dia kat luar kt depan pintu tu sedang 'berbual' dengan dia dengan menggunakan bahasa isyarat. Aku start rasa kesian. Pastu tram pun start bergerak. Si member kat luar ni pulak siap kejar2 tram tu nak tgok member dia tu, mcm kali terakhir je pulak. Aku pulak start la rasa sebak. Sedih. Rasa cam nak nangis je. Orang bisu pun ade member yang memahami. Sedihnyer....

2 Comments:

Blogger Pai said...

This comment has been removed by a blog administrator.

Tuesday, July 12, 2005 12:31:00 AM

 
Blogger Pai said...

jgn bimbang bang elchal..benda2 cm nie jgn mintak2 sgt..nanti yg dtg tue x ikhlas..biar dia dtg sendiri..insyaAllah..kita akan puas hati..

ade satu petua...what u give, u get back..so, klau nk ape2..kita la kena start bagi kt org lain dulu,walaupun org tue mungkin x bagi balik ape yg kita nak..tapi insyaAllah, org lain pulak yg akan bagi kt kita...hehehehe...saya ckp berkias yer bang elchal..alah, santo sure abg elchal paham punyer la..

Tuesday, July 12, 2005 12:32:00 AM

 

Post a Comment

<< Home

 
free hit counter script