Sunday, July 10, 2005

Aduh laaa penyakit.......

Sejak sebulan lebih yang lepas, aku asyik je mendengar satu radio online yang aku kenali thru' MIRC. This radio, RedRadio.Fm memang syok jugakla. Dengan beberapa orang DJ yang sememangnya friendly, sekurang-kurangnya kala bosan aku terisi jugaklah. Dan aku juga teringin juga menjadi DJ, hehehe, sesaat untuk memerasankan diri. Sebenarnya banyak lagi radio2 online mcm ni, tapi aku dah terjatuh chenta ngn RedRadio ni, so tak leh buat ape la. Lagipun aku dpt kawan2 baru. Waa, terasa best yang teramat sangat. Bila aku masuk channel je, adala yang suka greet aku. Terasa macam best, macam VIP dan tak pernah la rasa best sebegini rupa seumur hidup dan aku pun dah merancang ingin berjumpa dengan beberapa orang daripada mereka masa balik M'sia Ogos ni. Aku pun ada terfikir jugak la untuk membeli souvenir utk kawan2 baru aku ni. Biarpun kebanyakan mereka ni hanya orang biasa di M'sia, ada di antaranya pelajar universiti dan ada yang bekerja, diorang tak memikirkan tentang ciri2 tertentu nak jadikan seseorang tu sebagai sahabat (i mean, tak kesahlah kau tak reti buat 'lawak sambung'(kununnya salah satu lawak berprestij) ke, kau masih lagi seorang kawan). Yang pasti diorang tak di-ego-kan dengan wang biasiswa utk merasakan mereka macam ada duit yang banyak untuk mereka rasa mereka boleh beli barang berjenama utk sesuka hati mereka. Takdela aku dijadikan hanya pusat pertolongan dan di kala sedih, ade yang mendengar hati aku jugak. "Kau kena cekal Faizal, tabah kan hati mu" antara ayat2 tersebut.
Tak sabar nak balik M'sia. Mak dan abah menunggu. Kak Long dan suami bersama anak, Aliaa dan seorang lagi ahli baru dalam keluarga. Menemui Tek yang bekerja dan Jat yang dah besar panjang, nak bertanya perasaan dia sebagai pelajar Mass Comm. Yang pasti balik ni, byk peristiwa bakal berlaku. Banyak perubahan. Aku akan bawak perubahan ni nak ubah kekalutan selama setahun kebelakangan ni (kt Jerman nie).
Aduh laa penyakit (pinjam dari DJ corewie, hehehe). Bila la penyakit ni nak tamat...

1 Comments:

Blogger elchal said...

ye la tu adikku... sepam ke dua pam ke... apam lagi best! yum2x!

Sunday, July 10, 2005 3:51:00 AM

 

Post a Comment

<< Home

 
free hit counter script