2005 tinggal 31 hari je
Pejam mata buka mata dah 1 Disember ek, begitu cepat masa berlalu. Rasa baru je hari tu main bunga api sambut tahun baru 2005. Lagi 31 hari jugak mak aku sambut harijadinya yang ke-54. Erm.. dah tua dah mak...
1 Disember, hari AIDS Sedunia, ermm.. terlupa ek? Berapa ramai sudah manusia yang terkorban kerana AIDS di dunia ni? Sampai sekarang kita masih tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit ni. Yang penting kita jauhkan diri daripada menghisap dadah dan mengamalkan seks bebas.
Menjelang Disember, semua tertunggu2 juga, khasnya kepada mereka2 pelajar Msia di bumi Jerman ni. Bilakah dan dimanakah perhimpunan Persatuan Pelajar Malaysia di Jerman akan diadakan pada tahun ni? Ouh.. adakah yang sudah terlupa? (tutup mulut dengan tangan atau tepuk dahi) AJK tahun ni tak nak letak jawatan ke? Macam takde je AGM tahun ni. Erm.. mana lak aktiviti time winter ek? Bowling? Basketball? Ataupun semua dah ghairah nak nantikan kejohanan bola sepak tahun depan? (maksud aku bukan WC la tapi MGSS Football tournament). Dah berpecah2 ikut wilayah ni, semua jadik kelam. Tak dapat bayangkan macam mana keadaannya pelajar2 kita kat US yang besar gila bapak tu pulak kan...
Cuti Krismas (2 minggu cuti -utk informasi pembaca lain) ni aku tak pegi jalan2 ke? Erm...syhhh... malas citer... takut malu kemudian hari. Nanti jadik akhirnya semua takut dengan aku dan tak tegur aku langsung dah... sampai ke hari ni tu. Hehehe, sampai skrang juga semua tak ajak dah aku kemana2. Takpelah. Nasib...
Ermm...Syawal pun dah over ek... kuih raya je yang tak habis2 nie. Mai aa datang rumah. Aku masak air, minum sambil makan biskut cornflakes dan biskut suji yang tiap2 aku nampak terdampar kt tepi tingkap rumah aku ni. Ada yang puasa 6 lagi ke? Weh...dah, dah..dah habis la... Kalau puasa ganti tu cakap la... jangan la cover2 kata puasa 6...huhuhu. Tunggu Sya'ban 1427 la. Atau takde yang ganti.. pakai redah je ek... malulah sikit dah baligh tu... budak kecik pun reti pose. Aku bukan sindir kaum Hawa ek...kaum Adam yang bingai pun ade yang tak puasa. Malah sungguh bangga tak puasa dan makan depan orang.
OKlah itu aje untuk edisi hari pertama bulan terakhir tahun 2005 ni. Dan ingatlah..be good, tapi jangan tunjukkan sangat kebagusan anda tu sampai terjengkel2. Aku akan menonton dan mendiamkan diri. Aku akan senyap seperti biasa. Aku nak tengok siapa yang menang.
Jangan disangka air yang tenang tiada buaya.
p/s - Bulan Nov blog aku cecah 200 page views jek..tu lom tolak yg aku view sendiri. Tak ramai pun yang baca blog ni. Tak payah malu la nak kata korang dimalukan dalam blog ni. Siapa la nak baca blog cinonet aku yang mcam syok sendiri nie. Tgokla jugak sape yg tulis... sape yg kenal?

0 Comments:
Post a Comment
<< Home