Ya, encik Faizal...
Adakah anda tidak menyangka bahawa teman2 anda juga seperti anda? Malas betul bangun tidur dan tidak pergi ke kelas. Saban minggu hanya menanti The Apprentice, Survivor dan The Amazing Race untuk di'download'. Bangangnya anda sedemikian rupa. Warghhh... aku tensen....ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk melawan nafsu tidur dan melawan kemalasan diri yang melampau ini!! Aku sendirik pun tatau apa sebab aku jadik super-dewa-malas pergi kelas ni. Masanya untuk merenung diri yang tak-bijak-tapi-buat-bijak-tak-pergi-kelas ni. Rupa²nya bila menjengah ke blog kawan² yang lain, mereka juga menghadapi masalah yang sama. MALAS, MALAS, MALAS! Kenapalah anda wujud di dunia ini???!!! Tidakk!!!
Pada minggu lepas, Markus telah dipecat oleh en. Donald Trump kerana sikap Markus yang suka cakap banyak dan tiada point tapi tak bikin apa².
Pada minggu lepas, puak Nakùm yang mempunyai bilangan ahli yang lebih ramai iaitu 6 orang berbanding 4 orang ahli puak Yaxha telah menyingkirkan 'kampung boy' Brandon dalam keputusan 6-4 undian. Jamie mendapat 4 undi tersebut.
Siapakah yang akan dipecat minggu ini?
Siapakah yang akan menjadi juri pertama Survivor:Guatemala?
Download dulu..........
Adeh, encik Faizal.... berpijaklah pada bumi yang nyata.
Terima kasih.

2 Comments:
hahaha .. bukan ko saja yg malas .. aku pun tgh malas ni .. esok ada exam, tp buku apa pun lum baca .. aarrgghhh~ giler nyer malas .. tak tahu kenapa .. hahahaha .. kita serupa~
Friday, November 11, 2005 1:51:00 AM
btul2...same lah kita..antara sbb malas bgn pagi ialah: alah..gi kelas pun bukn nyer paham pun...
benda nie x btul..tapi setiap kali nak bgn pagi..ayat nie la aku slalu dgr..cm bisikan dlm 'lost' jer...kalau ko ade cara nk baik dr penyakit nie..sound kt aku!!
Saturday, November 12, 2005 7:11:00 PM
Post a Comment
<< Home