Sunday, November 06, 2005

Sambungan lagi

III

Hubungan Adi dan Ana kini dingin. Di kala Ana fobia untuk menelefon Adi dan mengharapkan Adi menelefonnya, Adi pula merasa geram terhadap tindakan Ana tidak mempedulikannya ketika dia sakit. Adi terpaksa memakai tongkat beberapa minggu.

Kawan Ana, Rosa melawat Adi di tempat kerjanya. Tujuan Rosa tiada lain, ingin membantu menjernihkan kembali hubungan Adi dan Ana.Kedatangan Rosa disambut mesra oleh Adi walaupun dia sibuk. Namun begitu hatinya tedetik kenapakah Rosa datang berkeseorangan tanpa kehadiran Ana disisi?
“Kau sihat Adi?” tanya Rosa
“Sihat,” ujar Adi tersenyum.
Adi membersihkan tempat kerjanya yang sedikit berdebu.Riak mukanya nampak jelas tidak selesa dengan kehadiran Rosa.
Tanpa perlu meneruskan perbualan yang lebih formal, Rosa dengan terus-terang bertanya kepada Adi sekaligus menerangkan tujuan dia datang melawat Adi.
“Kau dengan Ana…ermm, macam mana sekarang?” tanya Rosa.
Soalan Rosa itu begitu menyentap hati Adi. Seketika dia kaku seperti patung. Dengan sedikit keegoan, Adi menjawab,
“IT’S OVER! It’s over….” ujar Adi sebak. Meskipun dia cuba menahan rasa kesedihan itu, Rosa dapat melihat air mata bergenang di mata Adi.
“Kenapa boleh jadi macam ni Adi? Kau sayang Ana tak Adi? Kau sayang tak?” tanya Rosa lagi.
Kali ini air mata Adi bercucuran jatuh membasahi pipi. Dia tidak menjawab, tetapi Rosa sudah pasti jawapannya adalah, YA.
“Kenapa kau tak mau jumpa Ana selepas kau dibedah dua minggu lepas? Kesian Ana. Dia datang semata-mata mau melawat kau, kau tahu tak?” Rosa terus-menerus menghujani Adi dengan soalan demi soalan.
Ketika ini dahi Adi mula berkerut. Dia tidak tahu Ana datang menemuinya pada pagi tersebut.
“Bila Ana datang? Bila pula aku kata aku tak kasi? Aku tengah sakit waktu tu. Aku beritahu supaya tiada siapa boleh jumpa aku pada waktu itu sebab aku tengah melawan sakit akibat kesan bius yang hilang,” ujar Adi. Dia sedikit terduduk, namun dia tetap dengan keputusannya.

Ana pula sudah menyangka jawapan yang diberi oleh Adi menerusi Rosa. Walaupun dia tidak dapat menerima kenyataan tersebut, dia cuba untuk bertemu Adi untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Di sebuah taman mereka berjumpa. Di situlah dimana mereka melepak dan berbual bersama-sama rakan-rakan yang lain. Di situ jugalah berputiknya cinta antara satu sama lain. Kini pertemuan kali ini menceritakan kisah yang bertentangan.
Adi memulakan bicaranya,
“Kita PUTUS…Ana kita putus..ok. Abang tak boleh tahan lagi. Rindu selalu mengganggu kita.”
Ana mengerti perkataan-perkataan Adi itu. Linangan air mata bagai mempersetujui Adi. Mereka berdua tidak boleh berjauhan. Jika beginilah yang perlu mereka lalui dan ingin menjadi kekasih semula, pelbagai perkara yang lebih buruk akan berlaku.
Adi membiarkan perkara ini berlaku. Bagi dia dan Ana, mereka akan berasa sedikit selesa sekarang, walaupun kesedihan terpaksa ditampung dihati mereka.
Kadang-kala mereka bertemu, tetapi bukan lagi berdua. Kadang-kala Rosa menemani mereka bersama. Gurau mesra amat terbatas sekarang. Hati Adi kadang-kala tersentuh apabila Ana cuba bergurau, “Takpe, nanti Ana bahagia dengan suami Ana, abang pula akan bahagia dengan bini abang.”
Kata-kata Ana itu tidak dapat diterima Adi. Dia cuba Ana memberhentikan kata-kata itu daripada terus meluncur di bibirnya. Sebenarnya Adi masih mengharap dan Ana juga masih mengharap. Sepanjang Adi sakit, Ana menemaninya.
“Minggu depan Adi ada exam. Tapi Adi banyak tertinggal kelas. Ana rasa, abang patut ambil exam ke?” tanya Adi kepada Ana. Perjalanan hidup mereka berdua kini bagaikan kawan rapat.
“Ambillah. Kalau boleh dan yakin, Adi boleh ambil” ujar Ana. Adi lulus semua peperiksaan tersebut walaupun terpaksa bertongkat ke dewan peperiksaan.
Adi dan Ana kini tidak pasti bilakah mereka boleh kembali bersama. Mereka membiarkan masa menentukannya dan menyerahkan segalanya kepada yang Maha Kuasa. Mereka berharap dedebu cinta yang masih ada ini dapat dikumpulkan kembali.


TAMAT

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
free hit counter script