Thursday, November 24, 2005

Sedikit je tu


Ermm... ada kalanya aku perlu jauh sedikit dari blog ni sebab apa yang aku tulis dalam blog ni membuatkan orang mengambil keputusan untuk lebih menjauhkan diri daripada aku. Adakah itu hakikat?

Perkara ini membuatkan aku rasa semakin terkongkong dan tiada landasan untuk menyuarakan diri aku ni. Pada dasarnya memanglah ni blog aku untuk berkata apa2, tetapi sampai begitu efeknya, aku rasa kebebasan dah tiada.

Macamlah blog yang lain tidak melampau2 kata2nya. Siap ada yang kutuk menggunakan perkataan 'kampung', 'sial' dan macam2 lagi. Lebih pedas dan lebih memeritkan.

Satu perkara aku alami, bila aku bersuara di dalam blog, orang suruh aku kool. So, kool sgt kah mereka tu..? Suruh aku kool kerana ingin memenangkan kawan mereka yang dikritik? Ermm... aku tak nak mahu lagi ungkit2 menda kool-kool ni...sensitif.... selalunya orang yg byk berkata 'kool' adalah mereka yang tidak kool langsung.

Okay. Mari aku petik kata2 yang lebih mengharukan dari blog orang lain. Nama blog dan blogger dirahsiakan disini.

"lagi satu, aku menyampah ngn org yg ckp tak serupa bikin ni .. memula ckp takmo terima si A ni dah .. last2 aku tgk ada jer si A ni .. pastu tak leh lompat2 .. cyilakak ler .. aku tgk ramai jer yg kat tempat lain .. bongok tahap cipan tenggiling juga ler diorg tu .."

"that's why you can't express it as much :P ..go to hell kampung bitch.."

"hangin btul abg pada sesetgh manusia yg bodoh mcm baghal..sesedap jer menjaja nama abg merata.."

Bukan nak memburukkan bloggers tesebut, tetapi nak menunjukkan orang lain juga berbuat begitu dalam blog diorang. Cara aku lain, tetapi aku rasa setakat ni taklah sekeras macam ni. Mungkin aku pendiam, tetapi bila aku menulis, lain beb! Takkanlah aku nampak macam bodoh saje dari luaran pada mata anda semua....

Kalau membaca blog boleh menyebabkan anda terasa hati,
Kalau membaca blog membuatkan anda menjauhkan diri daripada seseorang, stop reading blogs!

Kalau secara positifnya...membuatkan... anda boleh/dapat berfikir dan kemudian memperbaik diri anda...itu sudah bagus...tahniah...

Mintak maaf pada yang terasa tetapi... lantak apelah korang nak fikir..Danke!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
free hit counter script