THEY DON'T KNOW HOW BIG THE VOLUME OF A LONELY IS.
Kepedihan hati aku ni. Bila aku melangkah kaki ke dalam kereta aku, rasa sebak menerjah hati aku. Aku pegang handphone aku. aku terus menelefon abah, tapi mak yang angkat... alamak... aku gagahkan diri. aku jaga intonasi aku, aku takut mak jadi panik. aku kesian kt mak sebab dia kan sakit jantung.
"Faizal nak cakap dgn abah," kata aku kt mak. "oohh ok... hah abah ni ha Faizal nak ckp" Bila aku tau je mak dah pass HP pada abah, aku dah tak tahan... secara automatik aku menangis."Tak tau lah, Faizal rasa macam takde siapa, sebab hari tu demam, terpaksa pergi hospital bahagian kecemasan sorang2 je,"
Walau pun itu bukan alasan yang kukuh.
Yang pasti malam tu, selepas menikmati makanan di kedai Siam tu seorang diri, tiba2 rasa sedih tu menerpa.
Lepas tu abah nasihat aku dengan cara yang aku tk pernah dengar abah bercakap. Alhamdulillah dalam dunia ni, kalau aku rasa kesunyian, Allah dah kasi mak dan ayah untuk aku. Dan kemudian aku beranikan diri bercakap dengan mak. Dan aku masih tak mampu menahan walaupun dah banyak air mata aku habiskan bercakap dgn abah. Kedengaran mak jugak menangis bersama dgn aku, menyebabkan aku lagi rasa serba salah.
"Mak jangan risau ya mak, Faizal nak... hanya nak..."
Mak sambung " Faizal nak luahkan perasaan je... mak paham" sambil kedengaran dia teresak2 juga.
Aku tak mampu teruskan penulisan ni lagi.... Bila teringat, aku masih lagi menitiskan air mata.
Kepada pembaca, kalau meluat dengan tulisan ni, aku minta maaf.... kadang-kala tak semua orang akan memahami, betapa besar kesunyian itu daripada segi isipadunya.... kesunyian ada ukuran isipadunya yang nyata lebih besar daripada segala-galanya.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home