Wednesday, April 13, 2011

Mak 1

Mulai hari ni aku nak tribute kisah mak dan pandangan aku terhadap mak aku.

Bila ternampak orang tua yang berjalan-jalan di bandar, aku terlihat2 pandangan mak. Mak sekarang agak struggle bila berjalan. Walaupun umurnya hanya 59 tahun tapi kerana penyakit diabetes, darah tinggi dan tinggi kolestrolnya, cara mak berjalan memang berjalan memang perlahan. Jadi kalau jalan2 pegi makan i.e. ke Jusco food court je, aku akan tunggu mak kalau ade tangga, walau hanya 2 langkah je tangga tu. Aku hulur je tangan, mak mmg akan capai tgn aku nak dptkan support. Mak pun akan perlahan2 naik tangga tu dgn bantuan aku. Lepas tu kalaupun abah dh berjalan ke hadapan, aku tunggu mak yg mmg cuba nak sama pace ngn abah.

Hari tu masa dorang hantar aku ke KL Sentral balik Johor, lepas mak abah kata nak balik naik PUTRA tu, aku pegi la tgok dr jauh... abah jauh je kehadapan... mak slow2 je kt belakang... mmg dh camtu cara abah.... kdg2 perhatian abah adalah pemandangan sekeliling dia. Kalau ade aku tu, aku mmg kt tgh2 la... aku akan tunggu.

Bukan nak kata aku ni baikkk la sangat (kalau dh baik, mesti dh ramai rakan, mesti dh penuh reply komen kt status FB aku), tapi sejak peristiwa mak sakit tenat sebab jantung hari raya lepas aku rasa risau yang amat. Bayangkan bila check gula... readingnya hanya mampu tulis 'HI' (bukan Hai! ye), dan dia kerap sruh kami adik bradik urut belakang dia. Time tu bila dh dpt berdiri je sikit, dia pegi ke almari baju dia. Ada sekali tu, dia panggil aku... "Meh sini...." panggil mak.... aku pun datang kt dia...
"Ni ada 2 keping kain batik lepas.... awak tau lah ye utk apa..." Aku, dalam hati, dh rasa lain sgt.... sebak jeeee yang ditahan2. "apa2 jadi, kt sini lah tmptnya... tk perlu beli lagi" Aku pegang bahu mak.... tapi aku tk ckp... sbb aku rasa kalau aku ckp, aku dh burst dgn air mata dh.
Adik aku, Jat pun mention menda yang sama... dia turut berkaca2 mata dia.... "Jat risau bila mak ckp mcm tu"

Aku tak tau apa akan jadi bila 'hari'nya akan sampai....Seandainya aku kata aku dh bersedia sekalipun.... aku masih tak mampu nak membayangkan.

Hanya Allah SWT saja yang Maha Mengetahui.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
free hit counter script