Thursday, February 11, 2010

Agak lama dah.....

Salam semua,

Dah agak lama jugak aku tak memblog. Hampir tujuh bulan lamanya dah. Emosi ketika aku last entry high and low, bergerak berkala-kala.

Dalam tempoh tu aku amat2 beterima kasih kepada Mannheimers yang betul2 telah memberikan support pada aku tak kira secara langsung atau tidak...(bukan siaran langsung) terutamanya warga rumah U1, Azam, Abe dan Farid yang telah menunpangkan aku selama 2 bulan dan 17 hari setengah sehingga pada pagi 18hb September 2009 (sehari sebelum raya rasanya) di rumah mereka yang amat2 selesa. Terima kasih segalanya. Harap telah dihalalkan makan minum segalanya.

Alhamdulillah, mengenai study, akhirnya setelah bersusah payah akhrinya aku tamat juga pelajaran disana. cuma apa yang terkilan ialah prestasi akademik aku disana, bagaimana aku memang tak performed dan kalau dikirakan ikut sijil SPM sistem lama tu, ijazah aku ni takat gred SAP (pass) je la. Agak terkejut dgn Prof. yang memberikan Note (Pointer) untuk thesis aku. Tak pernah terjangka teruknya. Namun begitu, aku buat tajuk thesis tu pun sebab terdesak dan masa pun dh overlap aku sebenarnya. Aku agak sukar hendak memahami sesuatu yg baru.. tambahan lagi time tu pun aku br sahaja menamatkan subjek2 aku.. hanya Allah SWT sahaja yang tau dalam hati aku ketika itu. Kepada Mannheimers juga banyak aku berahsia kerana aku berasa amat tertekan dan malu. Tambahan lagi bila mengetahui ada mulut org besar yang selalu mengutuk aku di belakang bercerita "Kenapa ya Faizal tu tak habis2 lagi you?". Samada mengutuk atau ingin berbual.... bagi aku itu terlampau peribadi untuk diceritakan bersama2.. mahupun di kedai kopi. Kerana aku pun bukan anak dia pun, aku anak Shaharuddin dan Rohani.

Bila balik rumahpun, aku telah mendapat tau satu berita buruk untuk kehidupan aku seterusnya, meskipun aku telah mengagak perkara itu ketika 2 bulan terakhir disana. Tambahan lagi banyak juga harapan diletakkan kepada aku.

Aku balik September 2009 hari tu pun sebab nak sambut raya setelah 6 tahun tak merayakan bersama dengan family. Disini dalah penjelasan utama aku: Sebenarnya aku pulang tanpa menyiapkan laporan bertulis thesis aku. Dengan bantuan Prof. yang suprvise aku, aku pulang dan menyiapkannya di Malaysia. Pabila telah siap, barulah aku menghantar segala2nya menerusi email disini. alhamdulillah juga dgn baki2 duit EPF ayah aku dapat masukkan internet di rumah ni utk aku berhubung dgn Prof.

Cuma sekarang... nak cari kerja je ni. Payah nak cari kerja... lapor diri ke pihak SPA pun dah. Tapi tak dapat2 sampai skang... Jeles jugak pada seorang junior aku yg balik ke Msia 2 minggu sebelum aku, dh dapat keja dgn kerajaan.... rezeki dia... habis belajar on time.. with excellent result lak tu.

Adakah aku harus membebel2 lagi ttg hidup malang ni... mungkin bukan malang... tiada rezeki namanya.

Dan semalam ade interview..... syarikat kecil oil n gas... syarikat itupun mmg hendak mencari fresh graduates. Masalahnya sekiranya terpilih, aku perlu ke luar negara utk practical training selama 3 bulan... dan ibu aku pun sudah bingung memikirkannya disebabkan apa yang telah aku lalui selama 6 tahun di Jerman. Bagi aku itu cabaran aku, aku sanggup kalau diberikan peluang. Tapi skrang dalam dilemma... ikut hati aku ikutkan je kata ibu... tapi mmg dh impian aku utk bekerja dalam sektor oil n gas ni....hmm takpelah.. yg pasti BELUM DAPAT pun kerja tu.

Adios... happy to be back!

Facebook status: kalau aku dpt tu... tp tak diredhakan... adakah aku akan struggle lagi cm kt jerman dulu tuh??

2 Comments:

Blogger dedalie said...

good luck cari keje weh! sama-samala kita doakan..

Friday, February 19, 2010 2:24:00 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam...may all the best things be with u...meh la cari keja area Kulim. banyak kilang jg kat sini..

Wednesday, March 03, 2010 3:04:00 PM

 

Post a Comment

<< Home

 
free hit counter script