Sekeping naskhah untuk mak
Assalamulaikum mak yang kini berada di Gombak,
kini sudah tujuh tahun lamanya Faizal sudah ketinggalan menyambut hari ibu di Malaysia bersama dengan mak. Tahun 2009, tahun ini juga tidak ketinggalan. Memang rasanya lama sangat dan tak tertahan rasanya nak pulang dan berjumpa dengan mak semula. Hampir tiga tahun juga tak dapat menatap wajah mak, kali terakhir masa dia airport Frankfurt tahun pada 20 September 2007 pukul 11 pagi. Ketika itu didepan gate masuk sebelum mak berlepas pulang dgn abah ke Malaysia semula. Walaupun ketika itu, tahap kesihatan mak dan abah pun sudah semakin menurun, dan juga keperluan untuk membeli ubat2an lebih penting, tetapi kerana perancangan yang sudah lama dibuat, mak dan abah datang juga ke Jerman sini melawat Faizal. Faizal tau kita bukan org kaya. Walaupun duduk di Selangor, dan dekat dengan Kuala Lumpur, masih lagi Faizal anggap, kita adalah keluarga yang berhijrah ke KL utk sebuah kehidupan.
Kadang-kala kita tak dapat melawan kata org mengatakan org KL ni kaya raya. Itulah persepsi org2 biasa yang mungkin tak tau perkara sebenar.
Mak,
sempena hari ibu ini Faizal ingin meminta maaf kerana sudah terlalu lama membebankan mak dan juga abah. Banyak kali jugalah Faizal memberikan harapan palsu mengenai tarikh pulang ke Malaysia kerana Faizal sendiri pun kurang pasti. Faizal memohon ampun dan maaf diatas kesalahan itu. Faizal yang ada sekarang ini tidak seperti Faizal ketika PMR dulu, yang sanggup tidur bertutupkan muka dgn buku teks. Bukan Faizal yang masuk ke KUSESS dan juga MRSM Taiping dulu. Sedikit semangat ini telah hilang dalam diri ini. Org lain disini cuma dapat memberi kata2 sahaja, tetapi hakikatnya yang paling banyak memberi semangat adalah mak sendiri. Mak akan risau jikalau Faizal sudah 2 minggu tak telefon rumah. Siapalah Faizal dan bagaimanalah Faizal akan teruskan kehidupan disini jika mak sendiri yang tak berikan dorongan dan semangat.
Faizal harap penentuan bulan Julai nanti akan memberikan nota yang gembira buat mak. Insya Allah kita akan dapat berjumpa kembali. Banyak benda yang hendak diberi dan byk perkara yang hendak diceritakan kepada mak. Insya Allah, Faizal akan cari semula duit mak dan abah yang telah dilaburkan untuk pelajaran disini.
Soal jodoh pula Faizal tak nampak apa yang perlu. Itu adalah hal dan kuasa Allah SWT. Kepentingan yang ada sekarang adalah pada mak... pada mak....., pada mak .......dan juga abah... dan semua di Gombak. Faizal tak berani nak mengatakan sekarang belum masanya. Tapi tumpuan kini hanyalah pada mak.
Semoga mak akan terus kekal ceria dan gembira di hari ibu ini. Faizal tak sempat menelefon rumah, dan tak dapat bercakap dgn mak sebab mak tiada di rumah hari ni. Insya Allah kita akan bercakap lagi mungkin, esok atau bila2. Wassalam.
Salam rindu dari perantauan.
Faizal

2 Comments:
T______T
Saturday, May 30, 2009 1:02:00 PM
mmg ibu adalah segala2 nya..
bujang ke dah kawen ke dah ada anak ke...ibu hanya satu dan selamanya..
Friday, October 16, 2009 3:55:00 PM
Post a Comment
<< Home