Jalan kita ini tak perlu jauh
Lama dah aku tak mengepos di laman ni. Konon hati senang la katanya. Heh, dulu kalau meragam ngn tk puas hati ngn orang terus je tulis kt sini. Berkurun2 dh pastu tak update blog. How are u (hawau you) katanya.
Hidup sekarang di JB. Dah dpt keje ngn gov. terchenta. Skang aku melalui alam pekerjaan yang memang sekali lain daripada semasa belajar dulu.
Dulu memang katakan zaman belajar aku- dalam hell- yang boleh dirumuskan. Life begitu2 sahaja. Belajar mmg struggle sampai thesis pun bawak ke Malaysia nak siapkan. Dari segi pergaulan dgn org Malaysia di sana, aku tak berapa ada hubungan sangat sebab aku pun bukan orang yang ramah tamah. Orang cepat bosan ngn aku. Aku boleh pitamkan org yang talkative. Hebat kan aku??
Di sana kalau dapat main alat muzik, aku mmg leh happy happiness forever la kot... Orang akan cari aku kt sana. "Faizal ko main gitar laaa.... ko gempak" atau sekali nampak muka aku je "Faizalllllll!! our drummer!!". No.. not even one letter (I mean ABC).
Kalau menceceh2 nak berborak pun aku bukanlah companion yang patut disebelah anda semua.
Sampai mereka yang memang cakap tk berenti sampai boleh runtuh rumah panjang pun tk reti nak layan aku camna. Ada yang kata "kau ni neutral"... maknanya tiada yang positif dan negatif. Atau positif tu ade... cuma negatif tu cover balik.... hahaha.. aku kan jahat, ade la negatifnya tu.
Kalau aku ni tiada yang positif.... meh la ungkit sket (sbb aku ade negatifnya) - siapa ek yang masak rendang hampir tiap2 kali hari raya kt sana? Mungkin rendang aku tk sedap kot. Memang tk sedap...
Sekarang ni berada di JB. Memang dh ditakdirkan aku ni duduk di kawasan bandar je sejak dari dulu. Tu sebabnya kalau balik kampung kt Raub aku akan mati kutu.
Tapi point entry aku hari ni bukanlah leteran aku diatas tadi semuanya. Point aku adalah : Melihat kepada rakan2 sekerja. Tgok ya pada gred jawatan mereka. Macam aku adalah gred J41. Tapi pengalaman aku cetek. Tapi pada mereka yang gred bawah, pengalaman mereka tinggi. Ada juga yg sama gred, tapi pengalaman lebih drpd aku... dan dia lebih muda drpd aku.
Bila dikorek cerita, ramai yang belajar tahap politeknik sahaja. Tetapi aku kagum dgn kepakaran yang mereka ada. Dan sesungguhnya pencen masa hari tua pun dh ade sbb keja kerajaan.
Reverse aku: Berapa kali lompatan aku buat nak jangkau sekadar politeknik sahaja? Betapa bertuahnya aku nak dpt rasa menangis selepas aku fail Organic chemistry sebanyak 3 kali (terima kasih kepada rakan Sofiyuddin Zakaria yang menjadi orang yang menasihati aku untuk menghadapi tekanan itu semasa haritu). Faham tak maksud aku?
Kenapa orang2 ni dipermudahkan rezekinya tanpa perlu melalui perkara2 yang aku alami?
SEBABNYA: Rezeki itu diberikan oleh Allah SWT.... bukan degree... bukan degree... bukan degree yang aku rasa harganya mahal sebab dari Germany. Dia dah tetapkan rezeki utk semua hamba-Nya... kalau Dia nak bagi aku senang keja.. jadi kaya.... dah lama dah aku jadi camtu. Kalau aku ni jadi org tak berapa pandai sangat pun, kalau dh rezeki dpt RM 1 juta... mungkin skang ni aku adalah leader syarikat MLM ntah mana2 ntah... mungkin skrang ni aku dh mula buat ceramah2 ajak org masuk MLM dh.
Aku skang ni jadi ejen insurans jugak.. takaful Prudential BSN. Ada baru2 ni pegi kelas utk belajar camne nak jual insurans ni, jumpa ngn mamat ni yg setakat diploma je... tp keje ngn syarikat yg besar la jugak... english mmg top lah. Tapi aku ni... kan... org leh persoalkan kan?
Aku ni mcm org yang takde KARISMA dalam penampilan. Tapi mmg Allah rezekikan aku untuk merasa pergi ke luar negara. Sebab takde karisma tu lah aku kurang rakan. Org tk mahu jd rakan ngn aku. Malu jd rakan ngn aku sbb aku ni tk reti bercakap. Tak reti berbual. Tak reti berborak macam org lain.
bila aku ckp macam ni.. orang marah siot ngn aku.... marah sgt... "ko fikir negatifffffff.... apela ko ni" dan malas dh kawan ngn aku... padahal alasannya malu nk kawan ngn org tk semangat ngn aku. Pelik katanya.... dh tua2 tk reti nak cari bakal bini.
Tapi bila aku tk bercakap, org marah jugak. Kata aku sombong..... korang rasa... letih tak kalau korang jadi aku? letih tak???
Hidup sekarang aku gerak sorang2 je lah.... Dekat JB ni aku duduk ngn 2 pupu aku yang boleh aku kata ade ramai member. Hidup dia tak boring. Aku mula2 dulu sampai sini ingat, kalau aku bosan, harap aku leh la follow dia ngn member dia pegi mana2 kan (kalau aku tkde plan ape2) tapi expectations will just be expectations.Sama la.... TAKDE ORANG YANG AKAN RASA PLEASED to make me a friend... even saudara sendiri tu, bro... what can I do?
Salah aku ke?
Bini pun nanti akan cepat bosan ke? Tiba2 nanti tuntut cerai. Astaghfirullahalazim...

0 Comments:
Post a Comment
<< Home