Kenapa mata dia perlu berkaca?
Semalam, setelah melalui 4 hari cuti yang sangat best di Gombak, aku pun perlu balik semula ke Johor, menaiki train malam. Mak pun bertanya " Camna nak balik ni?" Aku pun cakap " Faizal naik PUTRA je lah".
Aku ingatkan adik aku , Jat akan hantar ke stesen Taman Melati. Tup tup mak nak pegi hantar kt Terminal PUTRA Gombak jugak. Aku tanya, mak tak nak tgok Anugerah Bintang Popular ke malam tu nanti.... mak tk kisah... mungkin hatinya lebih rela tgok anak drpd tgok artis bersuka sakan.Mmg mak dh tk larat nak berjalan2. Kudrat dia dh kurang untuk berjlan2 sejak dia sakit jantung hari raya tahun lepas.
Dalam PUTRA aku duduk bertentangan melihat mak dan abah. Tuanya dah mak.... Sekali sekala dia meninjau kluar melihat Petronas Tower yang tersergam indah dalam kilauan lampu.
Tanpa disangka2 setelah merenung muka mak tanpa disedari, aku rasa cm terharu la pulak. Sanggup dia nak pegi sekali hantar aku. Bergenang sket air mata aku. Tapi dalam hati aku berkata, takkan la aku nak menangis dalam PUTRA ni pulak.
Tanpa disedarinya aku tenyeh mata aku perlahan2... harap2 dia tak perasan.
Dipendekkan cerita, setelah membelikannya sebotol air mineral kerana mak kerap saja dahaga kalau berjalan2, kami terus ke platform Gate B di mana aku akan berlepas. Tiba2 announcement mengatakan train akan delay 15 minit. Mak pun kata dia perlu balik... kalau tak nanti lambat nak catch PUTRA. Masa pun dah pukul 11 malam. Aku salam tangan mak cium kedua-dua belah pipinya, peluk kedua2 belah bahunya... dgn abah pun aku peluk dan cium tangannya. Selepas itu aku nampak mata dia berkaca sahaja..... Aku sebak. Tapi aku tahan supaya dia tak bertambah sedih lagi.....
Difikir2 balik walaupun sekejap je mak hantar, dia sbnarnya berat hati nak lepaskan aku. Walaupun usia aku dh mencecah 29 tahun ni. Sebelum dia menghilang dari sudut pandangannya, mak berpusing ke arah aku dan melambaikan tangannya.
Itulah perkara yang sama dilakukannya kalau aku balik dengan kereta jugak,,,, Lepas bertolak je aku memandang side mirror aku... aku nampak dia memandang kereta aku... kemudian berganjak ke hadapan lagi sambil meninjau2 kelibat kereta aku.... sehingga lah kereta aku membelok dan hilang dr pandangannya.
Pedih nak tgok mak begitu.... setelah aku lama tinggalkan dia.... dan aku tk belajar bersungguh2 di Jerman dulu.... mak rasa seolah2 masa untuk melihat anaknya berjaya semakin suntuk...... maafkan aku mak.....!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home