Saturday, July 02, 2011

Mak 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

hehe mcm berita la pulak.

So nak sambung cerita pasal mak aku. Satu cerita yang aku ingat sampai hari ni ialah masa aku sekolah rendah dulu. Masa tu KFC baru keluar produk terbaru Alpha Munchies. Seingat aku ni produk cepat je keluar lepas Alpha Nuggets baru dijual kt rangkaian franchise tu. Kalau Alpha Nuggets tu adalah nugget ayam yang berbentuk huruf-huruf A,B,C dan sebagainya, Alpha Munchies pulak sama jugak, cuma yang munchies tu ada campuran dgn kentang berbentuk huruf pulak.
so ceritanya macam ni. Masa tu tgh tgok TV la... dan ade la iklan Alpha Munchies ni keluar kt TV... kalau tak salah, ade muzik dia sendiri tu... tiba-tiba mak tanya " Sedap ke rasanya tu? Nak tak?" Aku pun memang lah terus ckp nak.
Mak tak beli terus hari tu. Aku pun lepas tu tk rasa la mak nak beli sbb selepas tu takde pun mak belikan. Mak masa tu kerja pergi balik naik bas... jauh tu dari Gombak ke JAWI dekat dgn Stesen Keretapi KL yang dulu. Bangunan JAWI tu skang dh jadi mahkamah syariah aku rase.

Satu hari aku cm terdetik je lepas aku dgr ade bas berhenti depan rumah. Mmg time patutnya mak dh balik. Kalau tak silap hari Sabtu rasanya. Dulu Sabtu kerja half day. Dalam hati pun aku berharap mak belikan makanan untuk aku. Memang betul yang turun dari bas tu mak dan dekat tangan mak tu ade plastik KFC!!

Memang mak belikan Alpha Munchies untuk aku ngn adik aku yg masih kecik lagi time tu. Seronok rasanya... Aku rasa la sebab ade gap yang lama antara hari iklan dan hari mak aku belikan Alpha Munchies tu mesti sebab mak tunggu hari gaji baru beli.

Walaupun aku hanya makan yang bhgn nugget je sbb yang kentang tu tak berapa sedap sgt bg aku, tapi bila diingat balik, tu la menda yang paling seronok sgt la... sbb mmg tk sangka mak akan belikan sebab dia yg tanya pada aku.

Skang ni bila hari gaji je, aku teringat kisah ni. Dan aku selalu terpikir ape aku nak beli/bawak mak (dan semua orang dalam family aku) pegi makan kt luar. Dan bila dapat bawak mak pegi makan dan aku bayarkan, rasa puas sangat hati aku. Tapi walau macam mana pun, kepuasan tu tak dapat ditanding dengan kepuasan dapat makan Alpha Munchies yang mak belikan dan bawak balik menaiki bas dulu tu.

Terima kasih mak.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
free hit counter script