Meng'retro'kan coretan lama....
Rizal resah. Kadang-kala dia usap-usap ubun kepala dia sendiri. Kadang-kala dia genggam kedua-dua tangannya seperti ada yang perlu ditumbuk.
"Aku kena tanya dia juga!" katanya dalam hati.
Dia berlari. Mengejar si Ila yang sudah menjauhi dirinya melangkah keluar dari hospital.
Rizal yang berserabut tu terus memanggil nama Ila dan tanpa disedari terus bertanya padanya:
"Ila... betul ke... betul ke... Dino tu suami Ila?" tanya Rizal spontan. Dah la selebet mukanya. Dua tiga hari ini dia tak dapat tidur, dia tak dapat menerima kenyataan.
Muka Ila berubah. Dia yang baru sahaja kehilangan suaminya dua jam yang lalu seperti tidak percaya soalan itu akan keluar dari mulut seorang kawan rapatnya yang baru dikenali empat bulan yang lalu.
"Rizal.... betul... Apa yang Ila nak explain lagi? Arwah abang pun dah cakap dah..."
"Macam mana boleh jadi...."
"Rizal, jangan jadi gila! Tau tak ape Ila rasa dalam hati ni sekarang ni! Ila dah hilang.....erhhhh (menangis)...tau tak!! (merayu) Kalau 'abang' Rizal rasa kami ni adik beradik... kami tak pernah kata kami ni adik-beradik!!! Kita tak pernah kata kita adik-beradik!! Yang dulu tu semuanya kita main-main aje....!" Ila meronta dan mengeluh di penghujung katanya. Melihatkan itu, ibu si Dino merapati si Rizal.
"Dah la nak... saya ni ibu si Dino. Saya boleh sahkan si Ila ni menantu saya. Ila ni anak yatim piatu. Dino kahwini dia dengan ihsan nak ceriakan hidup dia. Dahlah... kami dah hilang anak dan suami kami.... bagilah kami... peluang..." kata ibu si Dino pula. Air mata yang berjujuran disapu dengan tisu.
Rizal hanya tercengang. "Bodoh..... aku ni memang bodoh....kenapa aku boleh berada dalam dunia aku sendiri ni. Kenapa aku tak pernah terfikir ini akan terjadi. Memang Dino tak pernah bagitahu sebelum dia sendiri mengakuinya dua hari yang lepas, tetapi kenapa aku tak pernah memikirnya. Memang Ila layan aku baik sekali. Tapi dia juga tak pernah bagitau. Kenapa aku bodoh tak pernah mengetahui dan memikirnya sendiri?!!"
"Menggelabah la kau ni" ujar Dino suatu ketika dahulu.
"A'a kan.... kan Abang kan?" kata Ila sambil ketawa kecil.
"Ye lah aku menggelabah, aku teruk, aku selebet.... aku picit karang hidung kecik tu dengan chopstick ni haa!" balas si Rizal.
"Eeee.... teruk tau dia ni. Emo... hahahaha!!" kata Ila sambil membaling plastik bekas bungkusan mee gorang mamak itu pada Rizal.
"Hahahaha....!" Itulah gelak ketawa Dino yang terakhir. Dua hari selepas itu dia memberitahu Rizal perkara sebenar. Dua malam kawan baik ini bergaduh. Malam terakhir pergaduhan itu juga malam terakhir Dino menjelaskan perkara sebenar kepada Rizal. Mereka tak pergi beli mee goreng mamak lagi. Dino hanya pergi beli sendiri dengan Ila. Kerana duit lima puluh sen yang jatuh dari poketnya, Dino hendak pergi mengutipnya di tengah jalan raya. Bang!! Dia dilanggar sebuah kereta Proton Perdana.
Dua hari selepas itu Dino sudah tiada di dunia ini. Namun dua jam selepas itu Rizal masih tidak mengerti.....

0 Comments:
Post a Comment
<< Home