Hello, my name is Faizal and I'm going to be 25
Haha. Mcm poyo je kan tajuk kali ni, tapi at least aku tak la nak obvious sgt sampai nak pamer2 kt status YM. Alamak..!! Hahaha..
Ya, aku dh nak dekat suku abad dh usia ni. Tua dah bukan? Tgok budak2 AF sumenya umur 18,19, 20, 23 mude2. Barulah tau dh tua bangka diri ini rupanya. So sempena umur 25 tahun ni aku nak imbas kembali kenangan 25 tahun yang lampau, ok, bukan kisah yang terlampau ok. Sila paham.
8 Jun 1982, 12:00 tgh hari (mengikut surat beranak)
Aku dilahirkan tepat jam 12.00 tgh hari di Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Masa tu katanya tgh panas terik. Sbb tu la aku itam kot, lahir2 je terus tan bawah matahari. Hehehe. Takdelah. Masa aku lahir, aku ade masalah : aku sakit kuning. So kena letak bawah inkubator dgn mate aku ditutup bawah sinaran lampu (mengikut cerita mak aku la). Macam seksa je aku rasa bila aku dgr mak aku cerita. Aku rasa aku kulit putih dulu... tp sebb kena kuning tu dan aku kena letak bawah lampu, so aku jadi gelap, sampai la sekarang. Hahahaha, mati2 tk mo ngaku kulit gelap.
1983
Start dan officially membesar sebagai org Gombak. Grew up in Gombak. Banyak tol memori.
1989
Start sekolah. Darjah 1 dekat Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak. Time tu abang aku darjah 6. Nak jadi cerita 1st day sekolah, kami dua tertinggal bas. So balik jalan kaki je la. Abang aku hangin ngn aku sbb sepanjang jalan balik aku asik tersengih2 je. Ye la kan budak2, mana reti agi nak tau kena tinggal bas sekolah tu menyusahkan. Lagik2 1st day lak tu. Mak bapak aku risau sgt la kami tak balik2. Rasenya yg aku ingat betol2 aku sampai kat rumah tepat2 nak masuk maghrib. Mak aku dh dok risau dh tunggu kt depan rumah. Pikir2 balik lawak lak citer nih. Tapi sebab pengalaman .... once again aku mention, 1st day sekolah.
1995
Masuk sekolah menengah. Masa tu kelas streaming. So mengikut keputusan UPSR aku yg tk separuh bangga, separuh tak, so aku masuk kelas no 3. Hahha.. ni nak cerita sikit tang statistik la sikit. So aku bertekad la nak masuk kelas no 1 lak. Mula2 mmg rase mcm : Gila la mustahil nak masuk kelas no 1. Aku tgok dak2 kelas no 1 time tu sume muke gempak2 aje. Berkat usaha, dpt gak masuk, sbb dalam tingkatan 1 tu aku dpt no 36 keseluruhan, kire dpt menyelinap masuk la sebab 1 kelas ade 40 org camtu. Allah SWT nak bagi pandai, syukur alhamdulillah dapat la aku capai the highest no 13 dalam sekolah. Tinggi drpd tu tk dpt, yg lain sume terer2 belaka. pikirkan la, sakit otak nak dptkan average 80% untuk sume pelajaran. So kiranya 12 yang atas aku tu sume scorer la tu, lebih drpd 80% (aku mmg dpt tepat2 80% utk purata sume matapelajaran). Tapi tu dulu.... skang ni hegeh2 pun ada hahaha.
30 Disember 1997
Aku tk ingat exactly tarikh kuar result PMR ni, tapi aku tau dalam ingatan aku pada tarikh ni la. Kirenya 30 Disember thn ni kire genap 10 tahun la aku mencapai keputusan paling ajaib dalam hidup aku selama ni.Tak tau la nak cakap camne. Apa yang aku dpt sume skrang ni bermula dr sini. Allah SWT nak kasi kt aku. Syukur alhamdulilah yg tak henti2. Dapat 8A. Sape sangka. Aku tk tipu la masa aku dpt slip tu. Ade ke aku check nama kt slip tu byk kali lak. Betol tak tipu, sungguh. First rase cm nak nangis ade. Then bila kawan2 sume tgok dan tau result aku, aku dh jadik kaku. Balik umah pun cm zombie. hahaha. first kt umah sambut aku time tu kak long aku kot. dia tgh sapu sampah kat depan rumah time tu. so kalau dalam utusan malaysia tu kuar kt depan paper dia gambar budak tgh tunjuk slip kt depan sawah padi kt ayah dia ke ape,jangan la pulak korang kata jurugambar tu suruh pegi kt sawah padi posing poyo2 ok. ni realiti. Ape2 pun time tu, mmg sume org cm tk percaya, tp bangga. Ni la kenangan paling best dalam idop aku dan aku tau ramai org lain yg rasa cm aku rasa. Tak syok sendiri ok. hahaha.
4 Februari 1998
First day masuk sekolah asrama. Aku tak masuk MRSM Taiping direct, tapi sebelum tu aku dapat tawaran ke SBP dulu kat Sekolah Men. Sains Kuala Selangor. Dan 1st day nyer jinx tak abes2 agi. Disebabkan time tu El Nino tgh hebat, so aku jatuh demam. Actually 2-3 hari sebelum tu pun aku dh jatuh demam, tp terpaksala daftar gak time tu. Malam 1st dh tido sickbay hahaha. tapi bukan aku sorang je yg sakit, ramai gak. ade la dalam 3-4 org time tu yg sakit 1st day cm aku. tapi aku sorang je la pelajar baru yg sakit time tu. so ntah la, dalam mamai2 tu , malam tu pengetua, penolong hep, warden, cikgu disiplin sume lawat aku pe. Tapi yg aku ingat pengetua buat lawak: Ni baru kejap je pisah ngn mak dh demam ni. Hhahaha, cm hampes. Dan seingat aku gak aku sempat gk jawab masa mamai2 demam br lepas mkn ubat tu : Tak cikgu, ni saya mmg sakit sejak sebelum masuk sini lagi!. Lawak la pulak aku nak ingat kisah nie. Tapi mmg betol aku demam panas. Sampai tk lalu betol nak makan sup ngn nasik time tu. Sume rasa pahit.
30 Mac 1998
Dapat masuk MRSM taiping. kisah selanjutnya tak perlu cerita. Byk tk bes drpd bes. Tapi bersyukur gak la dapat masuk sekolah yg org kata elit kt Malaysia ni. Elit? tk jugak la elitnye. SPM pun tak la elit sgt . Naseb sbb dpt tawaran lambat. OK. nextttt...
2000
Mula buat preparation untuk pergi ke Germany dekat Intec atau nama lamanya PPP kt Shah Alam. Pening kepala dol belajar sains, fizik dan kimia dalam english. tak tau la kan dak2 skang ni kt skolah, sume dh terdedah ngn english. bagus jugak dh didedahkan awal2. tp setiap ape yg berlaku ade la pro dan kontranya. misalnya ramai tk perform dlm english. tp dalam bhs melayu / ibunda sendiri, ramai yg lebih paham. tk tau la... you decide!
2003
start la perjalanan idup di bumi Jerman sampai la skang nie. Seperti kata Dalie, do the best you can. Danke sehr! Aku nak teruskan je. Harap2 tkde aral melintang. Amin... Bercakap pasal aral ni, dekat Jerman ni ade stesen minyak nama Aral...hahaha lawak gila.dan stesen minyak tu terletak kt tgh jalan2... konon Aral melintang... acah aje.
Dah 2007 dah...tahun depan 2008... thn satu lagi 2009... dan byk lagi perkara akan berlaku dalam idup ni. Kita tunggu dan lihat. Berdoa semoga semuanya perkara2 yg baik2 belaka, dan kalau yg buruk harap dapat tempuhi dgn tabah. Amin....
25 tahun~ pejam celik pejam celik.....

1 Comments:
nice blog :)
Wednesday, December 02, 2009 6:56:00 PM
Post a Comment
<< Home