Monday, March 26, 2007

Kembali ke London setelah 3 tahun setengah




Bukan 3 setengah tahun... salah tu! Kalau ikut belajar tatabahasa zaman PMR pun konfem betul tajuk atas tu. Huhuhu, berlagak sket... org lain berlagak leh kan... sekali sekala melagakkan diri, kat blog ni je.


Fakta menarik pemergian ke London:

1. Meredah naik flight ke Airport London Stansted malam2 pada pukul 11.30 malam. Sampai je kat airport sana. Ramai gile la orang berbaris nak masuk border tu. Aku ingatkan travel malam2 ni senang le nak get thru' tapi ya Allah, queue yang berlapis2 tu pun sampai melimpah2. Bajet leh kuar border nak check pasport tu kol 11.45 malam le... tgok2 je dh kol 1 pagi. pastu sbb dah letih aku layan aa mocha kt kopi cafeteria Costa pastu jalan2 around aiport cari port tido. Telefon Msia jap bagitau semua clear kt family then aku dpt satu port nak tido. kemain le ramai org yg tido merata2 kt airport tu. aku dpt pun tmpt dh sempit pastu time aku nak lelap je, aku nampak satu sign mcm aku pernah nampak. Sign tandas wanita! Hahahaha... habesla tido kt corner jalan nak masuk toilet ppuan. Skodeng katanya....

2. Kedatangan ke London pun bukan nak suka-ria tapi nak renew pasport yang akan tamat tempoh Oktober nanti. Aku sampai Malaysian Commission tu awal nak mampos. kol 7.30 pagi dh sampai. maklumlah direct terus dr airport ke situ waktu pagi2 tu. Sampai je first, tapi aku dapat giliran ke-4. Sangap!! 3 orang 'terdahulu' dr aku pinjam pen aku lak nak tulis kedatangan awal drpd aku. hahaha... matilah mengeji...(tiru jap gaya Dalie)

3. Tido kat airport tu tadi satu jam je, dari kul 2.00 pagi sampai kul 3.00 pagi je. Nak masuk 3.30 pagi aku dh tak leh nak tido pasal ramai sgt la ppuan nak masuk tandas. Pastu pakai tumit tinggi lak. bising aje hahaha... pastu lak bawak troli bagasi tu kt dalam skali. pekejadah.... bagasi nak berak kot huhu. tak pun, troli tu kot... hahaha...

4. 3 tahun setengah lepas, aku terkilan sket tk dpt gi lawat atau tengok stadium Arsenal kat Highbury disebabkan takde majoriti ngn pengembara time tu.... matilah mengeji lagi. Kali ni aku dapat pegi, stadium baru lak tu, Emirates Stadium. Lawa stadium tuh dr luar. Pastu tgok2 balik, cam Old Trafford MU nyer tu pun ade, tang kaca keliling stadium tu. hmm tol ka? hehehe.

5. Katanya ade restoran nando's halal kat London. Ada 2 pengembara orang Malaysia mengaku ade restoran nando's. "Ada 2 restoran nando's halal kt England nie, satu kat London ni ngn satu kat MU," kata orang tu. Oooo...kat Manchester United (MU) rupenye. Matilah kena beli tiket tgok match bola dulu baru leh makan nando's katanya.

6. Pergi restoran Malaysian kt sana. Pengembara excited dapat makan mee hailam, kuey teow ngn nasi goreng. Aku dikeji kerana makan nasi campur je ngn lauk ayam goreng, rendang kambing ngn kari ayam (ayam lagi...). "Yang lauk2 tu leh masak sendiri tu!" mengkritik pemilihan makanan aku. Tak heran aa, kuey teow, mee hailam ngn nasi goreng tu aku pun leh masak sendiri. hahaha... marilah melarikan diri...

7. Kerap kali terkeliru bila nak naik Tube atau Underground. "Kita naik YouTube aje!"

8. Masih lagi tergamam tgok Tower Bridge. Kali ni, aku pergi waktu malam. Syahdu seh. Dulu aku pergi ngn pengembara berlima. Skang dh 3 tahun lebih berlalu dengan banyak menda yang dh berlaku dan berubah. Ada la pengembara yang dh berpasangan baru, pengembara yang dh muka cam model pun ade, pengembara yang tak dpt teruskan pengajian sebab sakit dan terpaksa pulang ke Malaysia, pengembara yang silih berganti mencari pasangan dan pengembara yang dh habis pengajian degree dan sekarang tgh menyambung masters. Itu la kehidupan. Aku lak? Dah menambah beberapa kilogram dh...hahaha!


Pasport dah dapat, sampai 2012 tuh... leh aa nanti travel agi gi London thn 2012 tgok Olimpik laks. Huhuhuhu...Apa yang aku leh ckp pasal tuan rumah Olimpik 2012 ni? Nice city, nice people. I can't wait to see them hosting the Games!

1 Comments:

Blogger dedalie said...

begitu masa berlalu, sekali air bah, begitu pantai berubah..

matilah jiwang. wei kau mmg makin tembam.

jelesnya tgk bebudak oversea. aku ni duk jenjalan di bagan serai je. matilah kampung..

Wednesday, March 28, 2007 10:22:00 AM

 

Post a Comment

<< Home

 
free hit counter script