Thursday, May 31, 2007

Save the Last for last day of May

Saje taip2. dah lama tak update ahhaha. Nanti aku update.

-----------------------------------------------------------------------


Apa yang telah berlaku sepanjang bulan Mei yang lepas?


1hb Mei - Hari Pekerja

Memandangkan aku pada semester ni bekerja (buat praktikal aje sebenarnya) so kiranya hari ni dikira sebagai hari yang menyeronokkanla bagi orang seperti aku, tetapi aku ade tetamu (yang datang kembali setelah beberapa hari sebelum tu pun dah menghuni rumah aku). So kiranya cuti ni tak senang duduk la kan. Hahahaha. Jahat sungguh tak mau melayan tetamu. Tetapi sebenarnya aku penat jugak la. Cuti 1 hari ni rasenye nak relaks2. Sebab 30hb April (Isnin) tu aku pegi keje gak. Balik keje hari Isnin tu petang tu ade 2 org senior lama yg dtg sini buat training/attend seminar, dtg balik ke rumah aku. Sebelum tu diorang gi jalan2 mana ntah. Yang buat penat tu ialah hendak menjawab soalan sorang abang ni yang berulang2 lah. Rasanya maybe memory dia short sighted sikit la kot. Asyik lupa.Rasanya dia tanya aku belajar course ape pun dalam 3 kali kot. Hmmm... pas tu byk kali la dia ckp mende yg serupa cthnya dia tanya aku : Tak bosan ka dok sorang2. Mest bosan punya bla bla.... Huwarghhhhh ngantuk...Sapa kata tak bosan. Tapi nak wat camna,orang yg duduk ngn aku pun dh bosan yang teramat . Terpaksa lah... Dengan orang lain lagi yg tgok muka aku pun tak nak sbb katanya bila aku bercakap dgn dia, aku tak pandang muka dia sbb aku benci dia. Bila la pulak.... Walaupun aku menjadi orang yang sering didengki kerana aku mungkin dikatakan sombong sebab suka mendiamkan diri, tapi insya Allah kalau nak mintak tolong ngn aku, aku akan bantu. Sombong ke namanya tu?

13 hb Mei - Hari Ibu

3 minggu prior Hari Ibu, aku masuk ke flowers.com.my dan belikan jambangan bunga untuk mak aku sempena hari ibu 13 Mei nanti. Aku siap notify kakak dgn adik aku utk tengokkan samada bunga tu sampai atau tidak pada hari Ahad tu. Kakak aku kata lambat jugak lah bunga tu sampai dalam kol 2 ptg camtu. Maybe org bunga tu byk bunga nak sampaikan kot. Org bunga tu hantar ke rumah naik teksi tu lagi. Kata mak aku, duit teksi tu dh termasuk lah dalam harga bunga tu. Oooo...hahaha. Bunga yang aku kasik kt mak aku tu kombinasi bunga ros dan carnation. Mak aku kata besar bunga tu.. I mean byk la bunga tu. Mak cakap bunga tu byk sgt mcm org nak kasi untuk pembukaan syarikat baru. Hahaha. Yang wat aku terharu bila aku jugak telefon mak aku selepas mak dpt bunga tu. Mak menangis2. Tak sangka lak aku." Kenapa beriya sgt sampai bagi bunga kat mak" mak ckp sebak. Sedih lak aku time tu. Bergenang air mata kejap, sambil rasa gembira. :) Adik aku beri hadiah CD kat mak aku. Kakak aku beri hadiah beberapa hari selepas tu kot. Yalah kakak aku pun dh jadi ibu sekarang. So dia pun agak sibuk juga menjaga dua orang anaknya yang kecil dan nakal2. Sepasang lak tu. Katanya anak buah aku yg lelaki tu dh kurus. Macam mana la rupe dia kurus. Yang aku tau dia montel aje masa aku balik September dulu. Meh la ambik lemak badan ayah sedara mu ni. Byk sgt yg tk perlu hahahaha... Katanya dia demam. Sebab tu la mengempis kot.

Pastu ada junior buat open house merangkap kepada housewarming. Dah pindah lama dh bulan Mac lepas tapi baru la ni buat sebab nak stabil kan kewangan sebab pindah rumah dulu.

Rasenye tu je la nak taip. Tak reti la nak wat imbasan semua aktiviti. Aku pun insya Allah akan pindah ke StuWo singkatan kepada Studentenwohnheim ataupun tempat student2 menginap. Murah sikit berbanding rumah sekarang. Letrik, air tak perlu byr. Bayar sewa aje. Handphone pun aku dh tuka nombor kepada prepaid shj. Tak pakai line dah. Tamat kontrak sewa rumah ni dah confirm 31 Ogos 2007. Hopefully dapat jumpa rumah baru in time untuk menghadapi semester extended aku ni. Heh. Kepada rakan2 yang dh habis (on time) study tu diucapkan selamat memasuki alam pekerjaan tak lama lagi. Muak gak aku tgok sorang kawan aku ni nak tunjuk2 sgt dia nak grad dh kat status YM dia. Siap link kat fotopages dia lagik. Ya lah nak grad. Tapi cm ghairah , ya, ghairah(nak pikir mcm biru pun takpe sbb mmg mcm tu la gayanya yg boleh di'describe'kan) semacam. Takpela.... nanti org kata aku jeles lak. Salah aku gak tak abes on time mcm diorang ni kan. So ape2hal good luck. Semoga dpt kerja yg gaji2 besor yg best2.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

cetttttt!!!!

Friday, June 01, 2007 12:07:00 PM

 
Blogger dedalie said...

kau transfer je lemak kat ganja babe,dia pun memerlukannya.hehe..

siapakah yang nak grad itu? relaks chal, u're doing the best you can while you can. ingat best ke keje?

cuba ko tanya 10 org yg dah grad and keje, aku rasa 7 org akan cakap lagi best belajar.

all the best in what you do.

Sunday, June 03, 2007 9:25:00 AM

 

Post a Comment

<< Home

 
free hit counter script