Tuesday, June 12, 2007

Puas tapi di penghujung kecewa

Nadal tergolek-golek selepas menang

Paris selama 2 hari memang menakjubkan. Lagi2 dapat menikmati perlawanan tennis diantara dua jaguh handalan dunia di sebuah gelanggang tanah liat terkemuka dunia, Court Philippe Chatrier tu, memang berbaloi.

Memakai baju merah sebagai menyokong Federer dari Switzerland.... hahaha lupe daratan sungguh!!

Walaupun aku punya tempat duduk mmg jauh diatas sekali, tapi bila nampak Federer dan Nadal masuk gelanggang nampak sangat dua orang ni amat gergasi sungguh. Besarrrrr dan tinggiiiiii.... Dan barulah aku tau tennis ni menyeronokkan tapi juga bukan mudah untuk dikuasai. Nampak sahaja mereka bermain pukul2 bola mcm orang bodoh saja masa mula2, tetapi teknik dan skil tu mmg payah nak buat.

Saat untuk toss the coins dan menentukan sape serve dulu

Tapi last sekali, aku bak seperti Federer jugak, kecewa sangat sebab kalah dengan Nadal. Masih lagi mengubati hati aku yang luka ini dengan membaca nota2 untuk exam Julai nanti. Perjuangan aku masih diteruskan. Harap Federer juga begitu, teruskan dengan Wimbledon, menangkan Wimbledon wahai Federer untuk kali kelima dan samakan rekod dgn Bjorn Borg seperti mana Nadal menyamakan rekod dengan Bjorn Borg untuk French Open (kali ke3)!! Tahun depan cuba lagi untuk memenangi French Open tu. Jangan kecewakan peminat2 anda lagi... Nadal, silalah injured tahun depan ok, hahahaha!!


Walaupun pahit terpaksa ditelan....


p/s Gambar yang paling aku byk tangkap ialah gambar Eiffel Tower. Kagum gila aku tgok Eiffel Tower, seperti mana aku kagum melihat Pintu Gerbang Brandenburger (Brandenburger Tor) di Berlin dan juga Tower Bridge di London.
Jarak Kuala Lumpur dari Eiffel Tower

Arc de Triomphe

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
free hit counter script