Dua puluh lima
Sempena diri ini dah berumur 25 tahun ni, aku nak la bermuhasabah diri sikit. Bukan selalu eh. So, apa yang akan aku cuba lakukan untuk menjadi seorang dewasa yang orang kata matang dan lain2 la.... ape rasanya ciri2 yg penting ituhhhh? Mari kita lihat!
Rasional
Aku rasa kelemahan diri aku sejak lama mungkin merasionalkan diri untuk memikirkan tentang diri aku dan diri orang lain. Tapi aku rasa dh byk kali jugak aku cuba lakukan untuk orang lain. Sampai ada kala orang rasa aku ni terlampau memikirkan orang lain drpd diri sendiri. Ya ada, aku tak tipu, maksudnya aku selalu lebihkan kepentingan org lain. Bukan nak masuk bakul dan angkat sendiri tapi itu la realiti nya. Tapi rasional aku tak beberapa betul. Sbb aku pikir perkara yang aku buat baik, selalu akan dibalas balik dengan baik. Malangnya bagi aku byk menda atau ramai orang yang aku rasa tak memberi semula perkara baik itu. It turns out mcm aku jadik tak ikhlas. Tapi aku tk la mengharapkan begitu kerana aku hanya mengharapkan kebaikan org lain terhadap aku sahaja. So kadang kala aku jadi tak rasional dan terus sahaja melabelkan org2 sebegitu sebagai org yg kejam dan sebagainya. So, sempena umur dh tua ni, aku rasa aku nak menjadi serasional yg boleh. Aku still boleh untuk membantu org ramai dan membuat kebaikan, tp aku tak akan harap orang akan suka untuk membuat kebaikan dgn aku. Kiranya nak cheat aku pun takpe, tu urusan kt akhirat nanti leh settle. Aku punya motto ialah : Tunjukkan kualiti diri anda dengan harapan orang lain akan cuba melakukan seperti anda jua.
Ekonomi
Hahaha, ni hal pasal duit. Mengikutkan umur mcm ni, orang2 sekeliling dh mula trigger soalan “Bila lagi?“ So dengan itu untuk melaksanakan atau menjawab soalan itu, aku rasa nak membilakan lagi tu, kenalah dengan duit bukan. Takde duit nak bg family makan ape kan? Pasir? Hahaha. Tak sanggup nak telan pasir. Lagipun bukan je kena berjimat cermat kerana untuk kahwin, kita kena juga simpan untuk masa depan. Tak tau lagi bagaimana masa depan kita ni. Gelap ke cerah ke. Bukan sng2 je beli lampu, pastu pasang kt rumah, so idup jadi terang dan cerah, bukan camtu. Tak semudah begitu. So, aku rasa dalam diri ni kena ada plan dh untuk belajar berjimat cermat. Bukan sahaja untuk menyimpan duit jadik banyak, tp amalan berjimat-cermat tu jugak mulia pe. Segala2nya mesti ada permulaan kan? Bukannya aku sebelum ni seorang yang boros sgt, tp ade la kadang-kala aku suka membeli barang2 atau spent too much pada mende remeh2 sedangkan tk perlu pun. So, priority kepada keperluan yng penting sahaja selepas nid an duit untuk disimpan pun akan ada. Insya Allah.
Let go
Aku memang akui aku nie seorang yang pendiam. Mebbe dalam chatting, telefon, surat menyurat ataupun kini, blogging orang nampak aku mcm seorang yg impressive atau org yg byk idea. In person, kalau org jumpe aku tk mcm tu. Aku lebih suka byk senyap, kecuali orang yg jumpa aku tu mmg suka yg bercakap (bercakap senonoh la. Ade gak yg bercakap nak tunjuk diri bagus cthnya mcm – Aku ade stamina lebih. Aku boleh main semua jenis sukan.) I don’t like people who like to show off. Tunjuk bakat boleh. Tapi kalau lepas tu aku minta tolong ajar, jangan jadi kedekut ilmu dh la. So berbalik kepada topik Let Go ni, aku rasa aku nak lebih kurangkan rase rendah diri dan nervous aku kalau berjumpa dengan org2 ramai or in a community. Disebabkan jadi pendiam ni selalunya aku disalah tafsir. Aku dilabelkan sebagai sombong, boring dll - misalnya honest to say dgn para junior aku di universiti di tmpt aku nie. Mebbe sesetengah reader cm Wendy dh serba maklum pasal hal ni, sebab dia la akak angkat aku kt internet yg byk bantu aku bila aku rasa bosan. (Tak lupa jugak family sendiri di Malaysia). So honestly itu la yg berlaku dalam hidup aku. Tak salahkan mereka sgt, tapi salah aku juga kadang-kala. Tapi aku rasa jugak, semua ni tak penting, yng penting kita jadi diri sendiri bukan? Karekter yang ada itulah yg akan jadi trademark ™ kita.
OKla tu je kot nak tulis, tak larat doo nak tulis pjg mcm Dalie. Dalie tu dewi blog. Tak mampu melawan dewi blog gitu. hahaha.
Rancangan Sesame Street hari ni menampilkan no 25. Bahas melayunya - dua puluh lima, bahasa inggeris - twenty five, bahasa jerman - fuenf-und-zwanzig. Selamat belajar!
PARIS!!
Aku akan pergi ke Paris hari ni pada pukul 11.30 malam menaiki bas dari belakang rumah aku ni je stesen basnya. Perjalanannya selama 7 jam setengah. Aku pergi pun pada mulanya bukan untuk menyambut hari jadi sendiri tetapi sebenarnya aku mendapat 2 tiket final tenis Roland Garros ataupun French Open. Aku ada bid tiket hari tu di website French Open ni dan tup2 rezeki aku dpt tiket final tu. Final men's match akan berlangsung pada Ahad ni 10 Jun. Sape lawan tak tau lagi sebab masa aku menulis entry ni belum decide lagi. Maybe Federer-Nadal or paling mengejutkan Davydenko-Djokovic. Tapi aku suka lagi Federer-Nadal lawan. Doakan la perjalanan pergi balik aku selamat. dan semoga juga Federer menang The Grand Slam. Hahahaha. See you later! Au revoir!

1 Comments:
aik. ada gak selit pasal aku. hehe..
sory lambat wish..happy belated besday!!!
Wednesday, June 13, 2007 5:11:00 AM
Post a Comment
<< Home