Friday, January 26, 2007

Pindah lagi??

Yup, aku merasakan aku perlu berpindah ke satu lokasi lagi. Waaa, rekod peribadi untuk diriku secara away basis...hehehe mcm game bola lak kan. Kat Malaysia sepanjang hidup aku pernah pindah sekali je .Aku pernah menetap di Kampung Padang Balang, KL pada tahun 1982 sampailah umur aku setahun. Tahun 1983 baru la aku berpindah ke Taman Gombak sehingga sekarang tempat tinggal aku disitu. Heh, kampung boy rupenye aku ni dulu...hehehe.

Mengapa pindah? Dari segi kewangannya kerana aku rasa rumah sekarang ni memerlukan perbelanjaan yang besar dari segi eletrik dan sebagainya. Walaupun sangat strategik kedudukannya, tapi kalau begitu sedikit sangat lebihan wang yang dapat dijimatkan, mengapa perlu menetap disini lagi? Apsal aku asyik cakap pasal jimat? Memandangkan setakat ini tiada wang yg dpt aku simpan demi tahun2 akhir pengajian aku (dimana akan ada potongan biasiswa jika hendak lanjutkan pelajaran dalam extended semesters dan juga untuk bayaran2 seperti kargo dan juga penghantaran barang2 ke pelabuhan masa nak balik nanti) sebab itula aku mention sangat pasal hal jimat2 nie. Maybe ianya berbunyi dan berbau seperti kedekut, tapi aku rasa siapa yang kenal aku tk cakap camtu kot. Bukan nak masuk bakul angkat sendiri. I'm so sorry kalau ade yg suka2 soh aku belanja apa2 and then i get annoyed, sbb kadang2 otak aku bengong sangat memikirkan hal ni.

So, aku juge ligat juga mencari rumah yg agak murah or I think I'll end up again at hostel untuk student2. Heh, hidup ini umpama roda bukan...hehe akhirnya pi mai pi mai tang tu juge. Orang kata nak jimat duk skali ramai2. Yup it's true.... aku pernah dapat kumpul exactly 1 month punya biasiswa. Last2 duit tu menjana kepak dan terbang begitu sahaja. Damn.... Aku tak salahkan sape2 dalam hal ni. Rezeki masing2 bukan.

Hah, berbalik pada pemilihan rumah nie, aku rase ramai gak junior2 yg nak carik rumah. So nasihat aku adalah carilah yang strategik, i mean dekat segala2nya. Tak la terlampau jauh nak menapak dan segala2nya. Rumah lak cantik, selesa, menawan dan da bomb ka...i mean memuaskan hati la. And lastly good luck in everything haahaha...mengapa aku kata camtu, maksudnye semoga dimurahkan rezeki segala2nya, duit, mental, fizikal dan lain2 faktor bodoh.

Exam nak menjelang. Arghh... aku serabut dengan pelbagai hal dan memikirkan strategi aku untuk the next semesters. Aku tak boleh dah pusingkan masa balik. Kalau boleh dh lame aku cube segala2nya nak habiskan on time study aku nie. Tapi nak wat camne. Tapi seriously, ada sesetengah subjek yg aku memang tidak tahu samada aku leh get thru' or not. Kepada pembaca blog sekalian, doakan aku berjaya ok. Thanks.

p/s: Kadang-kala ada sesetengah orang concern sgt, tp concern untuk mendapatkan kisah2 tk
perlu. Kalau concern, bantulah, jgn buat yang sebaliknya, okay?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
free hit counter script