Selamat Hari Jadi Mak!
Hari ni hari jadi mak aku. So, Selamat hari lahir yg ke-55 mak! Semoga panjang umur murah rezeki... moga2 dapat merasa gaji pertama aku setelah aku bekerja kelak... insya Allah.
Seperti biasa, sebagaimana tahun2 lepas, aku menyambut tahun baru dengan bermain bunga api dan mercun pada tepat pukul 12.00 tengah malam. Sebelum itu ada makan2 di rumah Kak Asmah. Seperti biasa aku kan penyenyap, but I'm proud of myself. Proud also, that juniors have their good time together. Sorry tak ade ape nak cakap2kan dengan anda semua (juniors).
Reaksi yg diterima pasal review AG(M)² semalam. Aku terlupa nak mention pasal iklan yang diarahkan dan dilakonkan oleh kami sendiri untuk malam tersebut. Iklan tersebut merangkumi mesej2 tertentu seperti ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha, Selamat Tahun Baru 2007 dan juga selamat menghadapi peperiksaan semester ini. Dalam entry sebelum ni aku pun dah beritahu kan. Pelakon2nya adalah juniors dan aku hanya menyerahkan video cam aku untuk shoot semua babak2 iklan tersebut. Hasilnya semua orang terhibur menonton iklan2 tu pada malam dinner tersebut. So,there are good signs la.... good cameraman, good directing... all good whatsoever. Harap2 iklan tersebut akan dimasukkan kedalam YouTube untuk tontonan semula.
Azam tahun baru? Harapan tahun baru? Harapan aku agar ramai yang akan tahu kelebihan diriku. Azam baru pula adalah seperti tahun2 lepas. Selalunya azam ni banyak yg tak dapat ditunaikan. Ingatlah juga bahawa byk mana pun kita merancang, Allah juga yang akan menentukannya. So azamnya, tak mahu terlalu mengharap untuk apa2 jua. Heh... Orang yang mengharap dari aku juga letih untuk dilayan.
OKla itu sahaja coretan pertama untuk tahun 2007 ni. Aku cuma nakkan entry nie bertarikh 1 Januari 2007 saja. Hahaha...sungguh tak ikhlas untuk memblog... Anyway pembaca2 sekelian boleh judge pe.... Kalau anda seronok membaca, terima kasih aku ucapkan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home