Sebungkus nasi lemak di depan monitor
S
etelah dibuka... emmmmmmmmmTODAY, aku menyiapkan nasi lemak aku atas request orang yg mahu makan pagi (menjadi makan tengah hari) di rumah aku. Disebabkan aku ingin skali makan nasik lemak yg paling sedap yg pernah aku masak, dengan gigihnya aku membeli daun pandan dan daun pisang di kedai Asia untuk tujuan itu. Tak cukup dengan tu, aku beli ayam untuk masak kari ayam kapitan yang tidak payah untuk dimasak. Senang sungguh. Diharapkan orang2 yang telah menikmati nasi lemak aku tu mendapat kenikmatan yang hmmmmm.... kelazatan yang sebenar. Sue, Wawa dan Nena datang sebagai pencuba pertama. Majoriti kata aku bersungguh2 sbb beli daun pisang..well, aku nak makan sedap, jadi terpaksalah KAN.... lepas tu disebabkan mereka ni hendak pula bershopping, so aku temankanla mereka ni. Bukan shopping kedai baju je, kedai Asia pun aku bawak, siap tunjuk lagi kt mana letaknye serai, foo chook ngn lain2.
Selepas beli2 tuh, dorang balik.... dan ade la lebihan lagi nasik lemak tadi. Memang berlebih banyak gilerr... aku pun makan sbb aku dh lapar balik sambil message pada junior2 yg ingin makan nasik lemak nie. Edaq dtg dan menapau 4 bungkus dengan berlainan set menu setiap satu. Dia nampak cam seronok je bungkus nasi lemak tu...haha. 1 bungkus lagi letak dalam bekal thermos, hahaha, makan jgn tak makan, sementara aku bersemangat masak beria2 ni...hehehe... Sofi pulak muncul dengan menapau 2 bungkus nasi lemak... sedap KAN?
MORGEN (esok), adalah Hari Raya Aidiladha, walaupun sebenarnya embassy di sini dah declare raya pada hari ni. Tapi aku tetap nak sambut dengan orang Turki pada hari esok, sebab nak lengkapkan hari raya dengan solat raya. Dan pastinye esok lagi bermakna sebab hari terakhir pada tahun 2006 ni. Apa azam? Heh... tgok la nanti. Insya Allah ade perubahan pada tahun 2007. Dan aku juge tak perlu melupakan emak di Malaysia sebab mak akan sambut birthday dia pada Tahun Baru. Dah 55 tahun dah dia...
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1427 H kepada semua pembaca blog y0! elchal ini. Selamat bergembira dan Selamat Tahun Baru 2007. Insya Allah tahun depan lebih keberkatan. Kap Ba Ro Kap Alif Taa Nun....keberkatan!! Alhamdulillah...
KAN!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home