Tuesday, November 14, 2006

Apa nak jadi daa?

Ramai dah member2 kita yang dah mendirikan rumahtangga. Bila lagi aa depa nak menimang cahaya mata? Aku hari ni baca Harian Metro jadik pening lak tgok keadaan di Malaysia. Rogol anak sendiri, bunuh anak sendiri...heh macam2. Nak jaga budak2 kecik mmgla ade kepayahannya. Aku jaga anak buah pun kadang2 ilang sabarnye sbb nakal sangat. One more, bila dipikir2kan balik, dorang tu budak2 je pon. Yg aku nak pengsan sampai bunuh anak kandung tu. Adehh...

Keratan 1

KANGAR: Hakim Mahkamah Sesyen Kangar, Zanol Rashid Hussein, mengucap panjang semalam apabila seorang bekas banduan berusia 56 tahun mengaku perbuatan merogol anak kandungnya yang berumur 15 tahun tujuh bulan pada Jun lalu adalah ‘halal’.

Warga emas itu menganggukkan kepala ketika berada dalam kandang tertuduh dalam mahkamah dengan berkata ‘Ya’ apabila Zanol bertanyakan adakah tertuduh berasakan tindakan merogol anak sendiri sebagai halal.
Jawapan spontan yang diberikan tertuduh itu membuatkan hakim itu terkejut lalu mengucap panjang.

Keratan 2 (yg ni penoh la skit)
SHAH ALAM: Seorang suri rumah yang dituduh membunuh anak kandungnya sanggup melutut dan merayu sambil berpura-pura menangis di hadapan anak tirinya untuk memujuknya mengaku bertanggungjawab terhadap kematian adiknya (mangsa).

Anak tiri tertuduh yang kini berusia 16 tahun memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, disebabkan kasihan dan tidak tahan melihat ibu tirinya menangis dan merayu, dia bersetuju mengaku membunuh adik yang berlainan ibu itu biarpun dia tidak bersalah.
Saksi pendakwaan keempat (SP4) itu berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Salim Soib pada perbicaraan kes itu di hadapan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim.
Menurut saksi itu, ibu tirinya, Salina Abdul Shukor, memujuknya di rumah ketika bapanya tiada dengan memberi jaminan akan cuba melepaskannya andai dimasukkan ke pusat kebajikan.“Emak cakap, ‘Long (nama panggilan), kau tolong mak dan mengaku bunuh adik kerana engkau bawah umur tak kena gantung,” katanya.
Saksi itu berkata, biarpun melihat ibu tirinya menendang dan memukul adiknya sehingga mangsa mengerang kesakitan dan muntah tidak berhenti-henti selain lebam di badan, dia tidak menceritakannya kepada bapanya, Abdul Aziz Abdul Rahman kerana takut kepada tertuduh.
Salina, 27, dituduh membunuh anaknya, Syakir Abd Aziz, 3, di rumah mereka di Kampung Pinggir, Lembah Jaya Selatan, Ampang Jaya, antara jam 5.30 petang pada 4 April 2004 hingga 5 petang 7 April 2004.Dia diwakili peguam Hazlan Abd Hamid dan Iszam Kamal Ismail.Selain tiga adik sebapa, saksi itu mempunyai tiga adik lain hasil perkahwinan bapanya dengan ibu kandungnya yang sudah meninggal dunia.

SALIM: Boleh beritahu apa berlaku pada 4 April 2004, jam 5.30 petang?
SP4: Saya dan adik (saudara sebapa tetapi berlainan ibu) yang sulung bermain sambil buat kereta mainan di tepi rumah. Ketika itu saya dengar emak pukul adik Syakir. Saya dengar dia diangkat dan dibaling ke dinding rumah yang dibuat daripada kayu. Kemudian, saya masuk ke rumah dan tengok emak tendang adik Syakir di perut. Ketika itu emak dalam keadaan marah.
SALIM: Bagaimana keadaan adik kamu?
SP4: Terbaring melintang kerana sakit ditendang. Mula-mula dia menangis tapi selepas itu senyap. Saya tahu emak marah, sebab itu dia pukul adik Syakir depan saya dalam keadaan berdiri. Saya tak ingat berapa kali dia tendang tapi banyak kali. Saya juga tidak pasti sekuat mana emak tendang tapi dari muka dia nampak sekuat hati.
SALIM: Apa yang jadi pada adik Syakir?
SP4: Dia terus senyap.
SALIM: Apa kamu buat?
SP4: Saya tutup pintu. Emak baling adik Syakir pada saya sambil kata: ‘Kau basuh berak anak sial ni’. Emak baling kena tangan dan saya cuba sambut tapi tak berjaya menyebabkan adik terjatuh. Saya tidak jawab apa-apa dan terus angkat adik bawa ke bilik air di sebelah rumah. Selepas basuh berak adik Syakir, saya masuk semula ke rumah.
SALIM: Masa bawa adik Syakir untuk basuh berak, adakah dia menangis?
SP4: Adik Syakir jarang menangis tapi masa dibawa ke bilik air, dia mengerang sakit. Saya tak tanya dia sakit di mana, tapi nampak tangannya pegang perut. Selesai basuh berak adik, saya bawa masuk semula dan pakaikan baju serta letak dia atas sofa. Saya lihat keadaan dia okey saja dan sambung buat kereta mainan.
SALIM: Seterusnya?
SP4: Balik dari kedai saya beritahu ayah balik dan emak terus masuk ke rumah dan keluar semula lima minit kemudian. Emak tanya saya, ‘Along...apa pasal Syakir? Saya cakap ‘mana Along tahu’ dan tanya mengapa. Emak kata, ‘jom tengok Syakir yang berbaring atas sofa dan muntah’. Saya lap muntahnya dan dia terus muntah banyak kali dan tak berhenti. Ketika itu kira-kira jam 6.30 petang. Emak hanya tengok saja. Adik muntah dari hari itu (4 April 2004) hingga pagi 6 April 2004. Tiap kali muntah saya akan lap.
SALIM: Apa tindakan emak?
SP4: Tiada apa-apa. Emak juga tidak bawa adik Syakir ke klinik. Pada 6 April 2004 saya lari dari rumah sebab tidak tahan semua urusan adik Syakir saya kena buat. Ayah juga tidak tahu perkara itu kerana tidak diberitahu langsung.

Saksi itu berkata, kerana tak tahan disuruh menguruskan Syakir, dia melarikan diri ke rumah abang angkatnya dikenali ‘Abang Talib’ pada 6 April 2004 hingga 2 petang 7 April 2004. Katanya, ketika balik ke rumah pada 2 petang 7 April 2004 dengan membawa tiga bungkus nasi, dia dimarahi serta dimaki ibu tirinya kerana melarikan diri dan membiarkan Syakir.“Saya lihat Syakir nazak dengan matanya berair dan badan biru. Emak suruh saya jaga adik di hospital. Saya cakap bukan salah saya mengapa kena bertanggungjawab,” katanya sambil memberitahu dia kemudian keluar memancing bersama seseorang dikenali Abang Mat di lombong Speed Boat.

Sementara itu, seorang saksi, Lans Koperal Norazlina Abdullah berkata ketika bertugas di bahagian pertanyaan Balai Polis Ampang, seorang lelaki bernama Abdul Aziz dan anak lelakinya datang membuat laporan kematian anak lelakinya berusia empat tahun dipercayai akibat ditendang dan dipukul dengan penyangkut baju oleh abangnya berusia 14 tahun.
Perbicaraan bersambung hari ini.

Sebab anak berak je nak bengang2. Bodo gile. Kalau betul la dan perbicaraan ni mengesahkan yg mak dak ni pembunuh, mmg ape la punye manusia org tu, sepak anak sebab dia berak. Mmg la dak2 takde keje lain selain makan dan berak je keja dorang. Tapi sampai kick sambil berdiri tu. Sampai lebam2. Sian kat dak tu. Lain la kalau dh besar dan kurang ajar.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
free hit counter script