Semester baru bermula
Esok semester yang baru akan bermula. Bermakna dah hampir 4 tahun aku berada di bumi Jerman ni. Rasa cam cuak pulak semester ni memandangkan semester ni seperti do or die aku maybe. Apa yang berlaku semester ni akan mencorakkan semester-semester akan datang.
Memasang bacaan al-Quran kat komputer aku, terasa sayu lak. Ramadan dah berada di pertengahan dan yang berlaku di penghujungnya menandakan 4 tahun dah aku beraya di perantauan. Sayu aku bukan pasal raya punya sentimental. Tapi lebih kepada teringatkan masa di Malaysia semasa aku bercuti lepas. Lebih-lebih lagi balik ke sini semasa sedang seronok berpuasa di tanahair. Aku berharap cepat-cepatla aku tamat pengajian, cari kerja dan aku nak tolong keluarga aku. Berada di kejauhan ni, rasa seperti tak buat apa2. Seperti aku tak nampak apa yang perlu aku bantu untuk keluarga aku. Ya, keluarga itu penting. Aku takkan buat lagi kerja2 bodoh volunteer untuk membantu orang2 yang selalu melepaskan batuk di tangga atau orang yang hanya mintak tolong aku untuk menyenangkan diri mereka dan kemudian terus diam selepas kerja selesai (ataupun hanya melihat aku membuat kerja dan mereka rancak berbual di tepi). Ditipu? Tak mau lagi. Biarlah ada perempuan tu tipu aku dulu.
Aku bersemangat untuk semester ini. Biarlah keberkatan semester ni akan berkekalan sehingga ke akhir pengajian aku di Jerman ni. Bak kata mak "Lepas habis belajar ni, balik je terus." Ya, aku akan pulang. Lama sungguh kan aku pergi belajar. Semua jauh2 dari rumah, Taiping, Kuala Pilah... dulu duduk Shah Alam...tapi aku selalu juga tidak pulang ke rumah. Memikirkan waktu tu, aku rasa cam menyesal je tak balik rumah sekerap mungkin. Biarlah saban minggu. Kesian pulak aku dgn mak. Pas ni aku akan duduk Gombak je. Tak nak kerja jauh2. Harap aku dapat bersabar, fokuskan diri dan mereka2 di Malaysia tu bersabar juga dan insyaAllah aku akan pulang. Kali ni tiada lagi soalan : Berapa haribulan pulang ke Jerman semula?
:)

0 Comments:
Post a Comment
<< Home