Wednesday, October 04, 2006

Back to REAL?? life

Aku dah kembali ke 'rumah' (sewa) aku Ahad lepas, selepas dapat seminggu berpuasa di Malaysia dengan family tercinta (note: aku lom kahwin, so family yg comprise mak ngn abah ngn adik-beradik aku k). Terpaksa mengambil 3 hari lamanya untuk mengumpul semangat nak memblog. Almaklumlah, rumah di Malaysia mmg takde internet. Apakan daya, soal mampu tak mampu (nak ade internet) tu tk tau nak cakap camne sebab begitu byk rupenye masalah yg melanda. Aku pun balik ke Jerman dengan agak berat hati dan sayu juga melihatkan mereka.

Inilah merupakan puasa aku yg pertama di tanahair sejak 3 tahun. Seminggu tu mmg puas la dengan pelbagai juadah yang sempat aku rembat (beli) dari pasar juadah. Masakan mak lagi mmg tak dapat dinafikan sedap.

Back here, nak memikirkan juadah ape nak makan pun payah, sebab kena masak sendiri. Kalau malas pun, mana ade makanan nak beli dari pasar juadah. Kebab? Aku nak stop kebab, sebab ramai komplen badan aku debab. Hehehe... gaya ayat cam feminin lak, nak jaga badan konon. Tapi ada benarnye aku nak turunkan berat badan. Berat aku dh mencecah 75 kilogram sebelum balik sini (itu catatan sebelum puasa yg aku timbang kt Malaysia). Semalam aku timbang dah 73 kilogram. Alhamdulillah puasa ni ada jugak membantu objektif aku. Bukan ape, abah aku pun bimbang sebab keluarga kami mmg ade sejarah kencing manis. So bila aku dh semakin mengembang ni, aku rasa eloklah aku menurunkan berat badan aku ni. Target aku nak mengurangkan seberapa byk kandungan lemak dalam makanan harian aku selepas ni. Daging dan ayam pun maybe 2 minggu sekali ke.... or 1 kali je ke. Exercise? Ermm, akan ade selepas puasa. Senaman ringan dalam rumah sebab kt luar sejukkk. hahaha budus. Sukan leh gak, tgok aa camne, apa jadik ngn aktiviti semester nie.

Berbalik pada hal masak tadi. Memasak tu kadang kalanya mengambil masa yg agak lama. 1-2 jam. Tapi hasilnya dimasukkan kedalam perut dengan sepantas kilat sahaja. Teringat kalao kt rumah kt tanah air, kalau mak masak and then lauk tu tak habis dimakan. Mesti lemah je badan tgok masakan kita tak dimasak kan, padahal berapa byk tenaga digunakan nak memasak lauk tu. Sekarang baru la nak reti appreciate makanan. Tambah2 lagi bulan puasa nie.... berada di perantauan (tanpa memikirkan hujung bulan Ramadhan...raya! Adeh!).

Balik ke sini, aku aim nak habiskan study je. Nak suke2 nak lepak2 leh je..... suka tgok org len dpt gi jalan2 tmpt yg aku lom penah pegi cam Paris, Amsterdam.

Disukai atau tak disukai? Entahlah. Zaman dah berlalu ke... atau hidup ini umpama roda?

Baik aa aku pikir ape nak dimakan berbuka nanti. Sampai jumpa lagi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
free hit counter script