Camping dan parcel : Mana yang lebih menambat hati?
Hujung minggu lepas aku pergi camping anjuran MGSS. Sape yang tak tau MGSS tu ape, MGSS tu adalah Malaysian German Students Society. Hari pertama camping adalah pada hari Jumaat, 2 Jun di mana aku, ngn 3 junior lain bertolak dari Mannheim (tempat aku) ke tempat camping tersebut yg terletak di Freudentstadt (Black Forest). Perjalananan selama 2 jam dan kami sampai dalam lebih kurang pukul 9.00 malam di tempat camping. Aku tak payah bina khemah sebab ade khemah yang masih kosong sementara yang lain terpaksa le bina. Yay! hehe....
Tepi jalanraya camping site ni? Ya. Memang tepi jalan raya. Sebenarnya penganjur kata boleh dapat site dekat atas bukit, tapi apakan daya, kemahuan mereka tidak dituruti. Apa2 pun khemah pun sudah agak best. Banyak khemah baru telah dibeli (khemah merah -gambar)untuk ditambah kepada aset khemah MGSS pada perkhemahan pertama 3 tahun lepas. (Ada gap 3 tahun antara perkhemahan 1 dan ke-2. Antara punca2 gap tersebut ialah semasa perkhemahan per-1, ada pelajar yang hampir mati lemas kerana terjun dalam tasik. Selepas itu penasihat di Kedutaan tak benarkan lagi membuat perkhemahan. Satu lagi ialah tiada orang yang betul2 komited untuk merancang perkhemahan. Baru tahun ni ada yang ingin organize. Aku dulu dipaksa juga oleh seorang senior untuk meneruskan perkhemahan, tapi semangat dalam je ada, movement tarak).
Campers pun meningkat jumlah orangnya daripada hanya 15 org kepada 21 org kali ini (6 sahaja). Dan seperti Suzi, camper tunggal daripada batch 17 masa camping pertama dulu, aku juga merupakan camper tunggal daripada batch 18 untuk camping kali ni. Hahaha, nampaknya macam tradisi diteruskan untuk kali ni.
Aktiviti
Malam pertama kami makan nasi berlaukkan kari ayam pada lebih kurang 1 pagi!! Dengan keadaan yang sejuk nak mamposss, kami buat solat hajat di tengah2 kesejukan tersebut. Pelik gak, patutnya sekarang ni leh tahan la panasnya. Tapi sekarang ni masih lagi sejuk, terutamanya waktu malam. Bayangkan tikar tmpt kami sujud tu daripada plastik, sujud terakhir kan lama sikit, menggeletar aku kesejukan pas tu.
Malam pertama tidur, sejukkkkkk. Aku tidur hanya 2 jam lebih sahaja.

Pagi hari kedua, kami diberi T-Shirt putih kosong untuk diconteng2. Syaratnya reka T-Shirt untuk kumpulan sendiri. Kami diberi alat2 untuk melukis dan mewarna baju. Macam kanak2 sekolah la pulak. Kumpulan (group) aku adalah Group A. Terdiri daripada junior yang semuanya lebih muda 2 tahun atau lebih daripada aku, Joe, Zwang, Sede, Siva dan KA.
Lepas habis menconteng T-Shirt, masa ditunggu2 telah tiba, masa untuk Jungle Trekking sambil Treasure Hunt. Masa jungle trekking kami diberi 2 soalan dalam sehelai kertas untuk diselesaikan, sebab tu treasure hunt kot. Entahlah... Kami ada 2 Checkpoint. Checkpoint 1 adalah air terjun dan checkpoint kedua adalah Forseebach, sebuah tasik di atas bukit.

Ni gambor sebelum take off trekking. Sume gembire aa... tgokla masa balik. Hahaha. Actually this trekking was too much. Gile lama 9 jam. Daripada 3 Group yang ada, cuma group kami yang habiskan trekking dengan semua jumlah ahli pulang ke camping site dengan selamat (dan sakit2 kaki). Sementara group yang lain, ada yang tersesat dan hari pun sudah menjengah malam, so terpaksa surrender dan dibawa pulang ke site dengan kereta.
Pada malam tu kami ada BBQ. Ikan, daging ayam dan kambing. Selepas tu, oleh sebab semua penat gila, terpaksa la tidur walaupun khabarnya ada lagi aktiviti lain yg dirancang (games dll.)
Malam kedua, aku tidur dengan nyenyaknya. Nasib baik la tersedar untuk Subuh. Pas subuh sambung balik tidur sampai la pukul 8.30 pagi. Group kami terpaksa bangun awal sikit kerana kena wat breakfast. Terlupa pulak nak mention, setiap group ada tugas untuk memasak makanan. Setiap task itu akan diberi penilaian oleh semua campers yang lain. Kami kena vote la. Macam Survivor la pulak. Hehehe. Ada 12 markah dan 3 kriteria, rasa, rupa dan effort (setiap 1 kriteria, 4 markah). So dalam aktiviti memasak ni, group yang menyediakan sandwich tuna untuk breakfast sebelum kami trekking semalam telah menang.
Kemenangan
Acara akhir, acara penyampaian hadiah.
Trekking & Treasure Hunt : Kumpulan aku (Triple X)
Memasak (sandwich tuna) dan mereka T-Shirt : kumpulan Switch (kot, tk ingat nama)
Campers paling fit : Zwang (sebab dia yang habiskan trekking paling awal)
Abang kopi : Amiaq (actually mana ade kategori ni, hadiah ni pun untuk cover aktiviti yang tak dpt dijalankan, hehe)
Secara keseluruhan, aku bagi signal OK la pada penganjur sebab puas gila trekking. Hahahaha... sinis tu... takpela... sekurang2nya ada gak pengalaman yang boleh dibawa pulang. Good job, hopefully next year we'll do it again (but no more 9-hour trekking). Insya-Allah.


Gambar² pemandangan di Black Forest, sungai, pokok pine, air terjun, kijang(rusa?)
(atas dan bawah)


Dan kenapa aku mention pasal parcel? Hehe... bila aku sampai je rumah dari camping hari Ahad yang lepas, aku ambik parcel from Malaysia dari jiran aku. Kenapa pulak aku nak dapat parcel padahal aku pun nak balik Malaysia hujung bulan depan ? Haaa... dalam parcel tu la ade sekeping kad untuk aku. Terima kasih aku ucapkan pada family aku yang send parcel dan kad tersebut (mereka yang lebih menghargai kehadiran diri aku disekeliling mereka).
Sekali layannnnnn je ayat2 dalam kad tu. Terima kasih.... kad ini lebih istimewa, lebih menambat hati... ayat kad tersebut: SELAMAT HARI JADI, SEMOGA HARI ESOK MENJANJIKAN SERIBU HARAPAN.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home