Würzburg
Aku di atas Alte Mainbrücke.
Tengok di belakang aku, ade balkoni tempat orang lepak2 minum kopi petang2.
Di belakang lagi tu, ade clock tower, merupakan Town Hall bagi Würzburg
Di belakang Town Hall tu, ada dua menara, itu adalah Dom St. Kilian
(sila klik gambar untuk view lebih besar)
Minggu lepas aku pergi ke Würzburg, salah satu bandar yang sebenarnya dah terletak dalam negeri Bavaria (Bayern), tetapi masih lagi dalam region Semester Ticket aku. Maknanya aku tak perlu bayar ape2 untuk travel ke bandar bersejarah ni. Bangunan kat Würzburg ni agak lama, mirip kepada Prague sebab dekat sini pun ade clock tower dan juga jambatan seperti Charles Bridge di Prague. Tetapi kalo nak lawan Prague, kalah la Würzburg nie. Bandarnya kecik dan byk antik2 belaka bangunan2nya.
Jambatannya dipanggil Alte Mainbrücke, merentasi sungai Main yang juga terkenal di Frankfurt Am Main. Sepanjang jambatan dihiasi dengan statue Saints yang terkenal di sini pada zaman dahulu.
Fortress Marienberg, kubu di atas bukit ni dibina katanya sejak 1000 BC . Lama dah tuh. Diatas kubu ni jugak terletaknya sebuah gereja dan tempat tinggal prince bishops yang pernah berkhidmat disitu.





0 Comments:
Post a Comment
<< Home