Berlari ke penghujung garisan

Nampaknya dah 3 minggu semester baru bermula. Hmm... bagi mereka yang seumur dengan aku, sem kali ni menandakan tahun ke-4 dah kami di Jerman, mengharungi suka duka belajar dengan penuh (tekun?) susah payahnya. Daripada asyik2 blur dengan bahasa, kini, alhamdulillah, boleh nampak bezanya. Daripada tak tau ape tu contract rumah, sampai sekarang 3 kali pindah rumah, berapa banyak contract rumah aku sign daa. Hahaha! Semuanya dimulakan dengan susah payah seperti org Jerman cakap: Alle Anfang ist schwer (setiap permulaan tu mmg susah -betoi ek ni? kalo salah, rakan2 aku yg tere tu tolonglah betolkan) dan kini kami kecapi apa itu kehidupan di negara orang, tau la serba serbi, ape yg takde kt Malaysia..bla bla bla....cuma satu je tak senang2 sampai sekarang: STUDY...hahahhaa!
Dan ade yang sudah mula mencongak2 masa bile akan pulang ke Malaysia dengan ijazah di tangan!! Disebabkan sekarang senior kami (1 tahun lebih tua) dah mulakan semester akhir dorang buat thesis, so, ade yg sudah mula meletakkan status YM mereka sebegini : Mac 2007 tamat pengajian (lebih kurang la). Bagi aku itu sedikit psiko jugak la. Sebab aku pun masih berfikir2 bila aku akan menghabiskan pengajian aku ni.
Setelah dipikir2, aku tak perlu psiko dengan ape yg orang lain achieve. Kalau dorang leh habis awal, biarlah. Bak kata kawan aku, rezeki orang lain2. Benar. Kalau tu dah tuah mereka, ditambah lagi dengan kepandaian yang dianugerahkan kepada mereka, so, itu memang kelebihan mereka. Mungkin ada faktor tuah kat situ: sistem universiti, sistem pengajian dan lain2. Kalau rancang banyak2 pun, Allah SWT sahaja yang akan menentukan jugak nanti.
Dalam belajar ni, kita juga perlukan rakan. Yang penting rakan yang boleh support kita untuk terus belajar, paling baik rakan yang sama course. Itu yang penting. Aku cuma kurang yang itu.
Kalau tiada pun, baiklah ade rakan yang boleh menghargai kewujudan kita. Kadang-kala jelek untuk melihat rakan (eh ..rakan??) yang jumpa kt tgh jalan buat tak tau. Cthnya dr jauh dh nampak, bile dekat buat2 tk nampak. Rakan2 nak bergelak2 mmg ramai, cuma bila kita betul2 susah tu...nak cari rakan. Hmm.. pikirkanlah.
So back to the study,
Sekarang, aku perlu fokus...fokus kepada pengajian. Bagi aku, bukan aku seorang sahaja yang terbelakang dalam pengajian. Ada lagi yang lain. Ade lagi yang lebih perit daripada situasi aku sekarang ni. Kadang-kala sedih tgok rakan2 lain yg struggle lebih teruk. Tapi melihatkan diri aku jugak, sama2 bingung.
So lagi, mana FOKUS aku? Belajar dah kurang. Nasib baik la aku bukan penghisap game (ahahha..bahasenyeee!!) Cuma kebosanan itu aku isi dengan internet ini. INTERNET. Cari teman nak meluahkan hati dan perasaan di INTERNET. Padahal aku boleh cari orang Malaysia kat sini (tau pun..huhuhu). Ermm..sumenye kompleks untuk diterangkan kerana kompleks. Hehehe.
Apa lagi letaklah motto "Faizal Boleh!" . Aku akan tampal motto tu kat mana2 sudut rumah aku sekarang.
Ya, aku boleh... Doakanlah aku boleh rakan2 ku.
p/s : Sorila BM aku semakin teruk... ahaha..dah lama tk prektis buat karangan.

1 Comments:
welcome back on the track my friend..!! x kire ko lari laju mane pon..kure2 pon last2 menang ape....hehehe
Saturday, April 01, 2006 4:47:00 PM
Post a Comment
<< Home