Selingan
Haha... I'm back!
Aku selalu tgok TV. Selalunya rancangan TV tu asyik2 ulang2 citer yg sama. Contohnya macam TV1 ulang2 citer P.Ramlee. Rasanya kalau dibilang, 3 kali kot dia tayang citer Nujum Pak Belalang dalam setahun.
So, ape salahnya aku mengulang kembali entry2 aku sebelum ni, hahaha... So untuk itu, 'dengar'kan nukilan aku:
Aku Tahu (2000/2004)
Aku tahu dan kau tahu,
Perasaan yang tersirat,
Dalam hatimu dan jua diriku,
Hampiri kejayaan,
Tepiskan segala halangan,
Kita melangkah,
Gagah dan jangan menyerah.
Ku tahu nasib diri bergantung pada diriku,
Sekiranya usahaku disisiku,
Yang indah bukan mudah,
Segala payah perlu diredah,
Akan ku hadapinya dengan tabah,
Biarlah dunia mengata engkau dah kalah
Yang pasti engkau tahu
Engkau kan terus melangkah
Teruskan...,
Langkahmu oh teman
Kuyakini, aku pasti
Ku pasti.....
Telah terbuka,
Rahsianya tiada apa,
Itulah kuasa Yang Maha Esa,
Hanya Dialah yang mampu,
Memberikan dirimu,
Kejayaan yang kau nanti-nantikan,
Aku berjanji,
Pada diri sendiri,
Takkan menyerah,
Selagi aku tak rebah,
Ingatlah segala janjimu,
Ikrarkan sepanjang hayatmu,
Untuk hari ini dan jua selama – lamanya
Oh, di sini…
nKary(Kar((((
D(Idea diperolehi semasa tahun 2000 masa kat Matrik di Kuala Pilah. Time tu waktu member2 dah mula keluar dari Matrik sebab dapat tawaran ke IPTA/IPTS dan ade juga yang dapat tawaran ke luar negara menerusi biasiswa JPA dan MARA. So lagu ni untuk mereka yang rasakan harapan dan masa depan mereka semakin kelam masa tu. Bukan la maksud aku kalau stay and teruskan belajar kat Matrik, masa depan makin kelam. Maksud aku, suasana masa tu, bila kawan2 dah mula hilang seorang demi seorang dan aku masih lagi menunggu tawaran IPT dan juga biasiswa luar negara...itu sahaja. Pada tahun 2004, isinya (lirik ke?hehe) telah diubah sedikit)
dan....
Karya aku, 'Dedebu cinta', actually bukan cerita rekaan aku pun, memang kisah benar seseorang. Siapa? Dirahsiakan...heheheDedebu Cinta
Pada awalnya, Ana tidak menyangka rakan yang menjadi peneman lepak di taman permainan setiap petang itu akan jadi perindu dirinya. Dia, Adi, merupakan sekadar kawan, jiran dan rakan sepermainan sejak kecil lagi. Hati mula terdetik ketika mereka berumur 19 semasa masing-masing perlu berpisah, masing-masing perlu membawa masa depan yang lebih penting ke UTM dan MMU. Semasa pertemuan terakhir sebelum berpisah, Ana tiba-tiba merasa sedih dan menitiskan air mata. Adi pula sebak di dada. Inikah dinamakan cinta?
“Adi suka main bola. Kau macam tak tau. Jangan risau lah Ana. Ligamen dia putus pun sebab dia kuat sangat main. Aku boleh jaga Adi“ kata Rina, teman rapat dan juga jiran Adi dan Ana, semasa Ana melawat Adi di hospital kelmarin.
“Itulah, orang kata jangan main kasar-kasar sangat,“ nasihat Ana sambil menumbuk manja bahu Adi.“Mana ada, Ana, abang main sikit je. Dah gian nak main bola,“ kata Adi sambil tersengih. “Ni dah kali kedua tau?“ ujar Ana mengingatkan. Bahagianya.... (suka je aku part ni....kalau la aku, kekeke)
Ana perlu pulang ke UTM. Hidup sebagai pelajar jurusan kimia dia selalu sibuk dengan praktikal di makmal, kertas kerja dan juga kuliah. Mata Ana bertentang dengan mata Adi. Jelas dari kaca mata masing-masing, tidak ingin melepaskan pandangan yang terlalu indah di hati. Tetapi mulut tidak menuturkannya dan mereka berpisah. Hidup perlu diteruskan.
Hari semakin hari, Ana mula memikirkan tentang Adi. Dia merasa suatu perasaan yang pelik.
Dia ingin menelefon Adi, jantungnya berdegup kencang. Dia takut Adi sibuk dengan kerjanya sebagai pelatih di sebuah syarikat di KL. ’Aku perlu telefon. Dengar suara pun jadilah’.
Ana menunggu Adi mengangkat panggilan tesebut. Tatkala mendengar suara Adi, Ana terkedu, cuma perkataan ’Hello, Adi apa khabar?’ Terkeluar dari mulutnya. Dengan pantas dia meletak panggilan tersebut. Ana gugup, dia kini merasakan dirinya dilamun cinta. Adi pelik tetapi dalam masa yang sama, dia juga merasakan sesuatu seperti Ana.
Cuti semester bermula. Waktu yang sesuai nak berjumpa bersama. Hmm, waktu inilah masing-masing mengetahui cinta dah berputik (chewwah). Ada masa untuk keluar bersama-sama. Bukan setakat melepak-lepak sambil berborak-borak seperti teman-teman biasa. Ana menyukai saat ini. Begitu juga Adi. Masa cuti banyak diluangkan bersama. Menonton wayang, makan malam, keluar beronggeng dengan teman jiran dan juga tidak lupa bermain muzik bersama. Ana suka menyanyi. Rakan-rakan Adi ramai yang berkebolehan bermain alatan muzik seperti gitar. Mereka selalu membuat gigs. Sebuah kumpulan underground telah ditubuhkan. (lari dprd tajuk, kekeke)
Adi juga kerap pergi ke rumah Ana. Dia suka membelek-belek album foto kepunyaan Ana yang ditangkap oleh Ana semasa berada di universiti. Adi sedikit cemburu bila melihat gambar Ana ligat bersama lelaki lain. “Gambar siapa ni, Ana?“ tanya Adi nada cemburu. “Ala, gambar biasa je la. Kawan satu kuliah la...hehe,“ ujar Ana tenang. Jiwa Adi sedikit lagi tersentap melihat gambar-gambar lain. Adi terus menutup album foto tersebut dan meletakkannya di atas meja. Pap! Sedikit berbunyi. Ana terkejut. “Janganlah begini.Tu semua kawan Ana je. Tak lebih daripada kawan“ Ana menerangkan. Adi cuba tersenyum. “OK“
Waktu untuk semester baru dibuka semakin hampir. Ana dan Adi masing-masing mengetahui ’deadline’ tersebut. Masing-masing rasa sebak dan sedih. Cuma kali ini, mereka sudah mengetahui kenapa perasaan itu timbul.
Seperti biasa Ana sibuk di universiti dengan pembelajarannya. Adi juga begitu. Tetapi perasaan selalu bergelodak ingin bertemu. Telefon menjadi talian hayat. Ana pelik. Dia selalu terkenangkan Adi. Kadang-kala dia menangis sendirian bila teringatkan Adi. Dia menjadi perindu setia.
Suatu hari Adi ditimpa kemalangan lagi. Walaupun sudah berkali-kali diberitahu oleh Ana supaya jangan bermain bola sepak lagi, Adi tetap degil untuk melepaskan rindunya pula pada bola sepak. Kali ini dia perlu dibedah. Ketika mendapat berita ini, Ana berasa resah. Dia serba salah kerana tak dapat bersama Adi ketika Adi terlantar di hospital menantikan hari pembedahan. Ana ada praktikal di makmal, Ana ada kuliah yang perlu dihadiri dan Ana perlu fokus terhadap pelajaran. Adi cuba menelefon Ana sebelum hari pembedahan, namun Ana cukup sibuk untuk melayani panggilan Adi yang perlukan sokongannya.
Ana pening. Dia menangis untuk menghilangkan rasa bersalahnya, tetapi tetap tidak dapat menanganinya. Rakan-rakan Ana mula risau dengan perubahan sikap Ana kebelakangan ini. Ana cuba menelefon Adi. Adi tidak mengangkat panggilannya. Ana semakin resah. Dia seperti orang gila. Berpuluh-puluh helai tisu dihabiskan.
“Ana, balik. Mak perlu dibedah. Mak nak jumpa Ana.“ Berita daripada ayahnya pula. Ana mati akal. Dia seperti mahu pengsan. Dia pulang, tetapi hanya dapat bertemu ibunya, bukan Adi. Ana pulang semula ke UTM. Dia perlu belajar. Tetapi tumpuannya bukan pada pelajaran. Ana bukan Ana yang dahulu. Lalu dia nekad. Walaupun keesokan harinya dia mempunyai ujian yang perlu dihadapi, dia pulang ke KL juga. Semata-mata kerana Adi. Dia belikan hadiah dan bunga untuk orang sakit kesayangannya. Pada waktu malam, dia meredah kegelapan menaiki bas pulang. Dalam fikirannya tidak terbayang langsung wajah orang tuanya. Wajah Adi yang sering terbayang. Di tangannya sibuk menghantar SMS bahawa dia akan bertemu Adi pagi nanti.
Adi terlantar. Dia tidak tau kenapa Ana tidak melawatnya. Pelbagai tafsiran mula menerjah fikirannya. Gambar-gambar yang dilihatnya ketika di rumah Ana menjadi pemangkin kepada fikiran negatifnya.
Ana tiba di KL seawal pagi. Waktu itu Adi baru sahaja dibedah. Adi kini berada di wad. Tiba-tiba Ana mendapat tahu Adi tidak mahu berjumpa dengannya. Ana terkejut. Dia sedih dan menangis tanpa kawalan. Hadiah dan bunga terjatuh begitu sahaja. Ana tidak menyangka, Adi sudah tawar hati dengannya. Letih sahaja perjalanan bas 5 jam ke KL. Tepat pada pukul 10 pagi pada hari yang sama Ana pulang ke universiti, membawa hati yang duka. Dia takut untuk menelefon Adi. Ana menyesal kerana tidak melawat Adi lebih awal. Ana menangis dan menangis........
Hubungan Adi dan Ana kini dingin. Di kala Ana fobia untuk menelefon Adi dan mengharapkan Adi menelefonnya, Adi pula merasa geram terhadap tindakan Ana tidak mempedulikannya ketika dia sakit. Adi terpaksa memakai tongkat beberapa minggu.
Kawan Ana, Rosa melawat Adi di tempat kerjanya. Tujuan Rosa tiada lain, ingin membantu menjernihkan kembali hubungan Adi dan Ana.Kedatangan Rosa disambut mesra oleh Adi walaupun dia sibuk. Namun begitu hatinya tedetik kenapakah Rosa datang berkeseorangan tanpa kehadiran Ana disisi?
“Kau sihat Adi?” tanya Rosa
“Sihat,” ujar Adi tersenyum.
Adi membersihkan tempat kerjanya yang sedikit berdebu.Riak mukanya nampak jelas tidak selesa dengan kehadiran Rosa.
Tanpa perlu meneruskan perbualan yang lebih formal, Rosa dengan terus-terang bertanya kepada Adi sekaligus menerangkan tujuan dia datang melawat Adi.
“Kau dengan Ana…ermm, macam mana sekarang?” tanya Rosa.
Soalan Rosa itu begitu menyentap hati Adi. Seketika dia kaku seperti patung. Dengan sedikit keegoan, Adi menjawab,
“IT’S OVER! It’s over….” ujar Adi sebak. Meskipun dia cuba menahan rasa kesedihan itu, Rosa dapat melihat air mata bergenang di mata Adi.
“Kenapa boleh jadi macam ni Adi? Kau sayang Ana tak Adi? Kau sayang tak?” tanya Rosa lagi.
Kali ini air mata Adi bercucuran jatuh membasahi pipi. Dia tidak menjawab, tetapi Rosa sudah pasti jawapannya adalah, YA.
“Kenapa kau tak mau jumpa Ana selepas kau dibedah dua minggu lepas? Kesian Ana. Dia datang semata-mata mau melawat kau, kau tahu tak?” Rosa terus-menerus menghujani Adi dengan soalan demi soalan.
Ketika ini dahi Adi mula berkerut. Dia tidak tahu Ana datang menemuinya pada pagi tersebut.
“Bila Ana datang? Bila pula aku kata aku tak kasi? Aku tengah sakit waktu tu. Aku beritahu supaya tiada siapa boleh jumpa aku pada waktu itu sebab aku tengah melawan sakit akibat kesan bius yang hilang,” ujar Adi. Dia sedikit terduduk, namun dia tetap dengan keputusannya.
Ana pula sudah menyangka jawapan yang diberi oleh Adi menerusi Rosa. Walaupun dia tidak dapat menerima kenyataan tersebut, dia cuba untuk bertemu Adi untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Di sebuah taman mereka berjumpa. Di situlah dimana mereka melepak dan berbual bersama-sama rakan-rakan yang lain. Di situ jugalah berputiknya cinta antara satu sama lain. Kini pertemuan kali ini menceritakan kisah yang bertentangan.
Adi memulakan bicaranya,
“Kita PUTUS…Ana kita putus..ok. Abang tak boleh tahan lagi. Rindu selalu mengganggu kita.”
Ana mengerti perkataan-perkataan Adi itu. Linangan air mata bagai mempersetujui Adi. Mereka berdua tidak boleh berjauhan. Jika beginilah yang perlu mereka lalui dan ingin menjadi kekasih semula, pelbagai perkara yang lebih buruk akan berlaku.
Adi membiarkan perkara ini berlaku. Bagi dia dan Ana, mereka akan berasa sedikit selesa sekarang, walaupun kesedihan terpaksa ditampung dihati mereka.
Kadang-kala mereka bertemu, tetapi bukan lagi berdua. Kadang-kala Rosa menemani mereka bersama. Gurau mesra amat terbatas sekarang. Hati Adi kadang-kala tersentuh apabila Ana cuba bergurau, “Takpe, nanti Ana bahagia dengan suami Ana, abang pula akan bahagia dengan bini abang.”
Kata-kata Ana itu tidak dapat diterima Adi. Dia cuba Ana memberhentikan kata-kata itu daripada terus meluncur di bibirnya. Sebenarnya Adi masih mengharap dan Ana juga masih mengharap. Sepanjang Adi sakit, Ana menemaninya.
“Minggu depan Adi ada exam. Tapi Adi banyak tertinggal kelas. Ana rasa, abang patut ambil exam ke?” tanya Adi kepada Ana. Perjalanan hidup mereka berdua kini bagaikan kawan rapat.
“Ambillah. Kalau boleh dan yakin, Adi boleh ambil” ujar Ana. Adi lulus semua peperiksaan tersebut walaupun terpaksa bertongkat ke dewan peperiksaan.
Adi dan Ana kini tidak pasti bilakah mereka boleh kembali bersama. Mereka membiarkan masa menentukannya dan menyerahkan segalanya kepada yang Maha Kuasa. Mereka berharap dedebu cinta yang masih ada ini dapat dikumpulkan kembali.
TAMAT

0 Comments:
Post a Comment
<< Home