Monday, January 16, 2006

Unvereinigungen, benda asing...bangsa asing

Hari ni aku terpaksa menapak kembali ke lab organik bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai.
Minggu lepas hari Selasa, aku buat eksperimen yang sama, tapi takde hasil! Produk dia pegi ke mana ntah. Bila aku turas pakai vakuum je, semua cecair kena sedut. Produknye sepatutnya pepejal dan mempunyai takat lebur 32°C. Sekurang2nya bila dah turas tu, ade la tertinggal kristal kat kertas turas tu, tapi ni takde..eh..ade..sikit je...menerusi sedikit kristal tu la aku amik buat test takat lebur. Aku masukkan dalam mesin penentuan takat lebur (melting-point determination kata omputihnye, dalam German: Schmelzpunkt-Bestimmung). Patutnya bila temperature dah sampai 32°C dia lebur la kan, tapi aku tunggu2 sampai 200++ lebih tak lebur2 pun mende alah tu. Berang sungguh aku.

So hari ni, aku kembali. Aku buat eksperimen yang sama. Oh, terlupa pulak nak kenalkan ape produk yg ingin aku hasilkan. BENZALDEHYDOXIM. Antara reagants yg aku perlukan adalah Benzaldehyde dan Hydroxylammoniumchloride. Ikut teori, Hydroxylammoniumchloride boleh menukarkan ape2 saja Aldehyde kepada Oxim. So dalam eksperimen ni, aku perlu mencuba, samada Benzaldehyde boleh ditukarkan kepada sejenis oxim atau tidak. (Mestilah boleh, buduh!)

Apabila semua bahan2 semua dimasukkan dalam Kolben (bekas bulat tu.. alah.. rounded flask la org cakap), aku pun start la kacau bahan2 tersebut pakai pengacau mekanikal. Tekan switch on je, dia pusing la sampai mati pun takpe. Hari ni aku juga berjaya guna masa dengan bijaknya, tidak seperti hari2 lain. Sementara pengacau mekanikal itu bergerak dan berpusing selama 1 jam diperlukan, aku pun mencuci radas2 lain yg telah digunakan. Terasa seperti satu kejayaan yang besar bagi aku hari ni, hek eleh!

Dah habis satu jam aku kena ekstrak lak mende tu..tak yah la aku explain camne ek.Peh tu masuk kat rotation evaporator ... peh tu aku kena suling secara vakuum lak. Banyak tol songeh. Nak suling tu aku kena assemble radas baru lak. Sib baik dah expert sikit (chee wah!). Kalau dulu terkial2 nak pasang, tak tau nak sambung camana, tgok org sebelah.kekeke...

Akhirnya produk aku hampir terhasil. Hasil daripada penyulingan secara vakuum tadi, aku kena letak dalam ais dulu, supaya terhasilnya mendakan putih. Mendakan putih tu la benzaldehydoxim. Tapi...hampanye...tak terhasil pun menda bangang tu! Aku dah cuak... Rasa cam lost jek.

Nak tanya lab asisstant? Jangan la... dorang tu, layan si org Jerman baik sgtttttt....bila aku start mintak tolong, ade yg macam Limp Bizkit lak..Rolling..rolling..eyes la pulak. Macam aku tak nampak. Lab asisstant aku ade 3 org: 2 orang wanita, 1 pemuda. Yang wanita tu 1 org muda, 1 org tua. Yang tua tu penah bengang ngn aku. Sekali dia bengang, cuka pun kalah. Kena herdik ngn dia, semua org pandang. Aku malu, aku buat muka senyum jek. Dalam hati nak je hentak kepala dia ngn Kolben tadi (tapi yang besar sikit...yg jenis 1 liter punya). Kalau dengan aku, aku kena herdik, kalau ngn German dia leh citer kat umah dia masak ape. "Awak nak saya masakkan kek? Saya suka masak kek kat rumah," Cit poorah!

Satu lagi yang muda, sebab dia agak baik, dan selalu baik, cuma sekali je bengang sikit ngn aku, aku umumkan namanya, aku panggil Frau Bartling. Dia ni cakap elok je. Suka senyum. Minggu lepas aku mintak tolong dia camne nak guna rotation evoporater, dia tolong pun baik. Hari ni bila dia nampak aku dah reti guna mesin tu sendiri, dia senyum je kat aku.

Sorang lagi yg pemuda ni. Dia ni jenis tak kisah je. Kecuali kalau aku tanya je dia tolong. Kalau German lain tu, dia leh datang tanya lak. Lantak la.

Erm..mana pegi lak lecturer aku kan? Herr Schulz. Alhamdulillah, tetiba je dia ada datang. Dia ni mmg slalu takde kat lab, dia harapkan lab aisstant yg separa guna tu je tolong student. Tetiba tu, aku dengar sore dia, tgok2 tgh borak ngn student kt sebelah satu line ngn aku. Nasib baik, aku pun pegi aa tanya si Schulz ni pasal problem aku skang ni. "Eh, saya ada kuliah skrang," dengan muka ala2 mcm berkerut. Tapi dia datang jugak la kat tempat aku. Dia kata kena letak dalam peti sejuk 2-3 hari baru ade kristal kot. Erm, camtu je penyelesaiannya? Pelik gak... Aku rasa kalau letak dalam peti pun sama je result dia kot. Cecair..dan bukan pepejal (kristal). Tapi sebab dia prof aku, aku ikut je la. Ermm, cuba review balik. Dengan mamat tadi, dia leh aje nak tegur suka2, bila aku tanya dia je, mula lorat macam nak lari..adeh.. terukkan?

Aku rasa ade menda asing atau dalam bahasa Jermannya, Unvereinigungen dalam produk aku tu, sbb tu susah nak ade ikatan nak hasilkan mendakan putih yg aku nak tu. Menyusahkan je benda asing ni kan...patutla pun German pun mcm tk suka...erk...dah melampau ni... tak leh teruskan blog utk hari ni lagi.

Stand up speak up .....keke stand up sepak je la.. tak yah bising2. Kekeke...

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

tips berguna :
masa timbang tu lebihkanlah sukatan..tapi jgn bagitau prof kau yg kau sukat lebih pulak...
nanti mesti dpt produkt...

Wednesday, January 18, 2006 6:34:00 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Itu salah satu cabaran menuntut ilmu Faizal...Don't give up!! Jgn pikir yg bukan2 sampai kena baca doa tolak bala tu...hehehe...

Friday, January 20, 2006 5:11:00 PM

 

Post a Comment

<< Home

 
free hit counter script