Thursday, January 12, 2006

'Survivor' for real?

Uhuk, seperti yang orang lain sedia maklum, aku ni memang Survivor freak aa. Hehehe. Minat betul siri tu. La ni dah nak masuk musim ke-12 dan siri terbaru nanti akan diadakan di Panama buat kali ketiganya. Kalau sesiapa yang tak mengetahui apa mendenya Survivor ni, Survivor ni merupakan suatu permainan yang dimainkan di satu lokasi di mana paling kurang 16 peserta dibiarkan menjalani kehidupan mereka di tempat tersebut selama 39 hari. Lebih kurang setiap 3 hari mereka akan terpaksa mengeluarkan seorang peserta menerusi undian (bukan SMS, kalau camtu,Mawi masuk Survivor, menang besau la dia) sehinggalah tinggal 1 orang peserta yang digelar the Sole Survivor dan memenangi hadiah utamanya USD 1 juta.

Masa tengok rancangan ni ingatkan tak betul la . Tengok macam dorang tuh di beri skrip je. Tapi bila dipikirkan balik, Survivor ni rancangan realiti. Maknanya cerita ni memaparkan kisah2 benar, menonjolkan sikap manusia bila mereka terpaksa bersaing merebut hadiah wang 1 juta tu. Ada yang memang baik, jahat macam setan, pelawak macam haram, racist, pemilih kawan, tak jujur, selfish, macam bagus, penunjuk2 dan banyak lagi la. Peh tu bila aku bertukar semula pandangan ke kehidupan biasa, aku merasakan ada persamaan la. Dapat aje melihat sikap2 manusia yg ditonjolkan dalam siri tersebut di dunia nyata ini. Maksud aku, manusia ni, ade je ragam nyer.

Ade la orang yang sound aku, "Faizal, kau ni terpengaruh sangat aa dengan Survivor." Adei, apehal lak. Perangai dia tu yg macam tutt~ tak sadar diri wkakaka!

Dalam Survivor juga, mereka terpaksa makan kawan. Malah dalam satu siri tu, kawan yang baik dan berjasa juga dikeluarkan dengan mengejutnya. Boleh dibayangkan bagaimana perasaan orang yang disingkirkan tu. Panas hati, sakit hati dan mau sakit jantung pun ade. Huhuhu. Kalau kita orang Islam takpe. Orang2 yg ego tu leh pulak berhujah, sedangkan Nabi pun ampunkan umat. Uhuk. Bijak2. Kita minum dulu....

Sambung... Adakah senang untuk memaafkan orang? Bukan mudah bukan? Tapi itulah realiti. Survivor juga rancangan realiti. Nampaklah impaknya rancangan ini dalam memutarkan otak aku untuk menilai diri seseorang itu. Awas! Nampak je baik. Tapi anda tertipu. Akhirnya yang baik itu mempergunakan anda. Anda dilihat seperti sungguh jahat. Penuh pura2 la dunia ni!

Dalam Survivor juga, para pemainnya dibahagikan kepada puak2 tertentu. Kadang2 apabila terlampau percaya dan taksub pada puak sendiri, mereka kadang-kala mengabaikan individu dari puak lain walaupun baik mana pun individu tersebut. Dalam kehidupan sebenar, byk berlaku menda ni, terutama bila dipecahkan kepada blok2 umur contohnya. Maka muncullah perkataan batch, rakan sebaya, member rapat dan lain2. Kadang2 nampak menda ni macam keji (mmg keji pun, sungguh keji), tapi di mana2 pun, ni lah menda yg digunakan oleh semua orang untuk survive kehidupan seharian agar tidak bosan. Kalau anda tak mau ciri2 ni diamalkan oleh diri anda, maka mungkin anda akan terdampar kebosanan tanpa ada tempat untuk meluahkan perasaan dengan betul. Macam aku sekarang ni la. Uhuk.

Adei byk sgt otak ni berpikir. Cukup2 la tu untuk hari ni.... menceceh byk sgt. Macam org tua. Heheheh.

Tunggu jela Survivor 12 start 2 Februari ni. Dah lama Azureus aku tu tk berkhidmat. Harap2 dapat masukkan internet lebih cepat di rumah baru nanti. Adios!

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

pindah umah?kat mana?
tinggal sorang ke?ke dgn junior jugak?
bila pindah?

Friday, January 13, 2006 2:31:00 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Memang betul la apa yg awak cakap tu...time mula2 sy tgk siri tu pun rasa cam tak relevan dan tak real pun program Survivor ni...tapi disebabkan suka tgk games yg dipertandingkn untuk mendapat imuniti, so...sy pun teruskan mengikuti rancangan tu...sampai adik2 sy bising...gambar apala yg along asyik tgk ni...hehe...tapi at last diorng pun sama2 nangis bila tgk peserta kena singkir time tribal council...esp...Rupert la kan..hehe...Skrg ni, bila sy lupa je nak bukak Survivor tiap2 mlm Sabtu (Jumaat malam la)...diorang yg ingatkan...hehe...

Friday, January 20, 2006 5:56:00 PM

 

Post a Comment

<< Home

 
free hit counter script