Friday, December 30, 2005

Menjelang tahun baru

Welcome 2006
Lagi 1 hari kita bakal menyambut tahun baru 2006. Tahun bernombor genap muncul kembali!Ermm, kalau dikenang kembali apa yang aku capai pada tahun ni, secara terus terang aku akan kata nothing! Betul! Tak percaya sudah!.Tahun 2005 ni dibuka dengan aku mengambil exam untuk semester ke-4 aku di Jerman ni, dimana dalam semester ni aku telah masuk Hauptstudium (kiranya aku dah masuk semester yg tough la). Secara jujur, aku mengatakan aku amat terkejut dengan apa yang perlu aku belajar.Hah, ambik Kimia lagi! Hehehe.

Pada tahun ni juga menandakan era aku sebagai seorang ketua bandar bagi bandar Mannheim sudah berakhir. Pada AGM Malaysian German Student Society (MGSS) 2004 yg lepas, aku dilantik semula untuk penggal 2005 sebagai ketua bandar.Kira something yang agak shocked jugak la untuk aku sebab aku sangka housemate aku skarang, Sofi yang akan dipilih.So around January 2005 aku ambik keputusan nak letak jawatan sebab after I found out that aku dilantik bukan sebab ape, mula2 aku soal sape yg pilih aku. Antara alasan aku terima adalah, kalau aku tk dipilih, nanti aku akan halau Sofi keluar dari rumah pulak.Auchhh!! So aku nekad, aku nak letak jawatan. Weh, I’m not that cheap! (lagipun byk alasan lain lagi aku nak letak jawatan, tp malas la nak citer kt sini..panjang). Tugas aku yg terakhir : menguruskan hal kunci rumah juniors yg akan datang masa tu. Selepas tu aku hantar e-mail pada semua Mannheimer, dan minta diorang vote for new ketua dan keputusannya berpihak kepada Sofi.

Spring and summer

Tahun 2005 juga memperlihat sejarah tercipta buat MGSS bila around Mei sampai awal Jun, pelbagai aktiviti diadakan pada hujung minggu. Antara highlightnya adalah pertemuan dengan PM, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Frankfurt dan the first tournament of rugby di Karlsruhe. Boleh dikatakan tournament ni macam retro budak2 sini untuk mengembalikan zaman gemilang dan popular dorang (mostly) masa kat SBP, ramai yang main pun budak SBP. Uh, whatever! Kemudian kita dibosankan lagi dengan kejuaraan hattrick (berturut2 tuh) oleh pasukan Heilbronn yang menjuarai tournament bola sepak MGSS. Weh, takde sape nak give them a break ke! Kejohanan ini juga adalah kejohanan kedua dibuat luar kawasan negeri Baden-Württemberg (selepas AGM 2004 di Berlin). Awal Jun, di Gummersbach,Cologne (mari bertekak, Gummersbach dalam Cologne ke tak...ermm...tkpela..mereka yg bijak akan berkata Gummersbach, Gummersbachlah....Cologne...Colognelah...one more time..whatever!!) telah diadakan inaugural Open Mic, dimana masa ni sesape ade bakat, mempersembahkan bakat2 dorang bermain alat muzik dan menyanyi untuk tontonan ramai. Sesiapa yang suka enjoy2, lepak2, urban2...leh la pergi. Angguk2 geleng2. Lompat2 kinja2. Teringat aku something kt Bukit Larut, bising dan bergerak2.

Summer

Sekejap je masa berlalu, sampai bulan Julai. Peperiksaan semester ke-5 aku. Malas nak citer pasal exam. Tensen! Yang rajin nak citer adalah time nak balik Malaysia! Seronok giler. Ye la...balik boleh makan ape saja! Yang best, waktu balik tu aku baru menimang anak buah baru, yang diberi nama Raja Farish Ikhwan (gambar). Kecik, muka ikut macam ibunya (kakak aku). Dan setelah sekian lama, rumah kami, No. 42 Jalan Taman Gombak, ada pembantu rumah kembali semata2 untuk menjaga budak kecik ni dan menolong mak aku di rumah menguruskan kerja seharian. Kalau dulu aku basuh sendiri baju aku tapi bila aku balik hari tu, aku cuma perlu letak bakul berisi baju yg nak dibasuh kt depan pintu rumah je tiap2 pagi (sbb mesin basuh kt luar rumah; dekat laman). Dan aku menemui rakan internet aku juga. Achtung! Bukan awek ya! MEMBER! Ermm, mak aku tanya, nak jumpa kawan mana nie? Aku nak je jawab, kawan kenal kat Jerman, kekeke..tapi aku jawab jugak jujur: Kawan kenal masa chatting (mirc). Dan aku juga jumpa teman2 sekelas aku masa kat MRSM Taiping dulu. Aku pergi kenduri pertunangan kawan aku. Hmm, tau2 je dah tunang. Nasib baik aku call masa tu. Kalau tak, tak tau la aku. Ada member2 tu, bertunang tak kasi tau. Ades, sampai hati buat member camni. Ada ka patut. Yang penting, aku dapat tau, 2 org akan melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun 2006 nanti. Hmm... aku? Syhh... jgn tanya. Tgok TV tu.

Back to Germany :(

Balik ke Jerman, bulan puasa semakin menjengah. Terasa sedih je memandangkan dah tahun ke-3 tak dapat berpuasa dan yang penting beraya di Malaysia. Ada kawan2 kat Msia yg bagi semangat, "Tak apa Faizal, kau pergi sana berjuang untuk negara!" Bersemangat lak aku pas tuh. Bangga pun ade keh keh keh. Then new semester opened. :( Tiada apa yang menarik berlaku pada diri aku sehinggalah Disember ni. The worst thing came, I’ll be back living alone. Adei. Susah idup. Takpela Faizal. Dah camtu orang nak terima kau. Yang pasti, ingat ade perkataan member tu...aku akan ingat : “Ooh, kau nak berdiam je ke? OK. Ko nak biarkan dia pijak kepala kau dengan boot penuh taik anjing. Kasilah dia pijak Faizal. Kasi. Aku suka tgok ko camtu,“ katanya mencabar aku.Apa yang aku pelajari dalam tahun 2005 ni ialah KEHIDUPAN....mostly around this topic. Banyak benda aku boleh rancang, tapi Allah tu Maha Kuasa. Sekarang Dia dah tunjuk aku ape itu, ape ini. Dan aku banyak terkejut melihat sikap seseorang yg berubah begitu mendadak! Tahun depan, aku tak akan begitu mengharap. Aku tak akan jangka. Aku akan...hmm. Ntahlah. Macam the GAME is OVER. Harapan tu masih ada. Tapi aku perlu merangkak dan syhhhh....Faizal. Senyaplah.... kau tak layak bersuara.

SELAMAT TAHUN BARU 2006!


p/s: Selamat Hari Jadi Mak (1 Januari 1952 – 54 years old and you’re still strong, I’m proud of you)

2 Comments:

Blogger -o- said...

byk sungguh kenangan thn 2005 ekk? mcm aku sendiri .. tak sangka leh jumpa adik aku yg jauh di jerman ni :D so far ko jer lah dr memula aku kat umah Merah tu hingga ke umah Suara ni yg masih leh terima aku seadanya (selain dr my kazen) .. jd secara tak lgsg aku mmg dh anggap ko mcm adik aku sendiri dan aku terasa sesangat klau ada org mengenakan ko :D .. anyway my dear lil bro who much more bigger than me .. happy new year and be a fighter .. berjuang hingga titisan darah terakhir :D

Tuesday, January 03, 2006 5:35:00 PM

 
Blogger wénkt said...

Hehehe, tiba2 terdetik nak cerita pasal menda ni. Actually aku ade jugak bercerita tentang orang berada dalam blog aku dulu. Sampai ada yang benar2 terasa dan aku terus delete entry tu. Well, kehidupan semua orang semestinya berbeza antara satu sama lain. Ada yang datang dari keluarga susah, ada yg dr keluarga senang dan ada dari keluarga sederhana.
Sekarang ni bila dapat pegang duit yang banyak, terima kasih kepada JPA yang memberikan biasiswa kepada aku, dapatla aku merasa mendapat benda2 yang aku mahukan sejak kecik lagi seperti kamera sendiri, video cam dan handset yg agak canggih (dimata).
Dan melihat juga rakan2 yang sememangnya dari keluarga yang senang, nampak senang saja menguruskan duit. Pergi sana pergi sini..melancong.. shopping.. nampak macam keluarkan duit macam air sungai mengalir je... sedangkan aku takut betul nak kluarkan duit macam tu. Dan mungkin mereka dapat injection tambahan daripada family di Msia kot.
Ada jugak yang ketar2 kepala pegang duit. Masuk jek scholar, terus beli tu ini. Tapi bila beli semua yang standard2 tu. Gila bapak punya barang. Yela, sebelum ni takde barang. Erk, apa citer pasal barang ni? Lain maksud la.... Back to the point, bila dh pakai duit tu, terus tak pikir masa depan... haa..pas tuh sibuk la cari kawan2.
Ada jugak member2 -hospital swasta(HS)- high society...kekeke. Erm..macam mana nak citer. Adakah tanggapan aku ni betul? Macam ni: orang kaya kawan ngn orang kaya jek. Standard ngn standard jek, kan? Memang tak semua camtu, tapi kebanyakannya. Ada la sorang ni, mmg aku nampak standard la semua...gaya pun standard...cakap dgn org standard jek. Tertanya2 jugak...mak bapak orang ape ek (i mean keje ape). Rupanya pensyarah je..ye la mmg la pensyarah semua hidup agak senang kan. Aku ingat tokei balak ke, pilot ke, raja riji ke.... tapi standard sangat.. muntah jugak.
Aku harap tulisan aku kali ni kalau salah, diperbetul la. Tanggapan aku memang berbeza. So, apelah gunanya ruangan comment di bawah tu. Komenlah dengan seadanya.


Apa yg anda cakap ni ada betulnya. Tapi wan terkilan biler ada ayat yg tulis Orang Kaya kawan dgn Orang Kaya aja... rasanya benda ni tak tepat sangat :)

Monday, January 09, 2006 6:35:00 PM

 

Post a Comment

<< Home

 
free hit counter script