Monday, December 19, 2005

Mimpi yang indah

Pernahkah anda bermimpi tentang perkara yang indah dan mengejutkan. Sampai terkeluar airmata masa tidur. Salah satu mimpi yang terbaru, sampai aku menangis sendiri ialah mimpi balik Msia masa hari raya secara mengejut. Dalam mimpi tu, aku macam pergi satu majlis di mana semua pelajar2 Msia di sini berkumpul. Lalu ada orang mencabar kami supaya menaiki ke pentas, 4 orang pertama yang berani naik ke pentas akan dapat kejutan istimewa sempena Raya. Tak semena2 aku terasa macam badan aku tertarik kat pentas tu, aku pun jadilah antara 4 orang hero tu. Kami dibawa ke satu bilik dimana kami tiba2 pengsan (bab ni pelik sikit, camne leh pengsan pun tatau). Kemudian dalam keadaan mamai2 aku terjaga, seperti dalam perjalanan dalam sebuah van. Aku bangkit, tengok2 aku dah berada di satu jalan yang tak asing bagi aku ,di Jalan Taman Gombak, jalan ke rumah aku. Setelah dua tiga bonggol ditempuhi, aku tak percaya depan mata aku tersergam rumah aku dengan pagar merahnya. Sedih bercampur gembira, aku melangkah masuk ke rumah. Aku bagi salam, tapi suara tersekat2 sebab sebak (time ni tetiba rasa sebak). Yang menyambut aku adalah mak. Mak pun macam tk percaya, mula2 macam kaku je tgok aku, maybe dalam hati, betul ke aku kt depan pintu rumah tu. Salam tangan mak dan peluk. Tak pasal2 aku nangis. Selepas tu, aku terjaga, tengok2 air mata dah mengalir dan rasa sebak masih terasa. Pelik jugak. Bila teringat mimpi ni, rasa cam nak gelak pun ade, nak rasa sebak balik pun ada, sebab dia mimpi indah...time2 Raya lak tu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
free hit counter script