Tuesday, December 13, 2005

Adakah kita tahu itu?

Tergerak hati nak bercerita, setelah membaca blog seseorang menceritakan tentang realiti dan fantasi. Betul juga, bila dah semakin meningkat umur ni, aku semakin menyedari apa yang benar; apa yang tidak benar iaitu fantasi. Yang benar, mmg aku ade kelemahan diri. Kalau dirasakan kelemahan tu membuatkan orang sukar nak memahami diri aku, aku tak kisah dah sekarang.
Mengenai orang layan tak layan, aku dah gamak tak mau cerita lagi. Buatper nak layan aku kalau orang tu rasa dia dah bagus sangat. Ada sesetengah orang terlampau gah dengan sejarah diri, ye la...dulu terkenal, berbakat, pintar...ermm..telampau ramai orang begini. Tak apa. Sebab tu kalo bosan, aku pegi menjelajah voice chat kat Yahoo! Aku pakai masuk je mana2 room. Salah satu room ialah room Pahang, asal usul aku kekeke. Bukan apa, aku nak menjengah ke dunia lain daripada apa yang aku alami dan hadapi kini dan mungkin ramai yang tak sedar, aku suka melihat kehidupan orang lain, mengetahui hidup orang lain bagaimana. Sebab tu la, bila aku dapat tawaran ke MRSM Taiping, aku cekup peluang tu walaupun aku terpaksa menjadi third intake. Memanglah sebelum tu aku dah selesa dekat KUSESS, rumah pun dekat. Gombak - Kuala Selangor bukan jauh pun. Tapi masa aku isi borang nak masuk SBP/MRSM dulu, aku target jauh2, nak pergi berhijrah ke negeri lain, sebab aku suka nak mengenali orang di negeri lain dan menghadapi suasana baru. Tak mahu aa terperap di Selangor. Walaupun saat2 akhir di KUSESS aku merasakan aku dah mula ramai kawan dan ada yang tak kasi aku pergi, keinginan aku tetap sama. Begitu juga masa nak pergi matrikulasi. Aku mintak pergi Negeri Sembilan dan alhamdulillah aku dapat masuk. Seronok belajar dan mengembara, kenal jenis orang macam ni dan macam tu. Kenal orang yang dengki tak tentu pasal..Ramai... Masa aku masuk Taiping pun, ade budak Perak yang dengki kt aku sebab menyibuk je masuk Taiping, sedangkan aku dah dpt masuk SBP kt negeri tempat tinggal sendiri. Tak taulah...yang aku maklum dengki kerana aku skor lebih sedikit je daripada dia. Sikit je...but it matters him most. Masa kat KUSESS, aku tengok member yang dari Kedah, bila dorang balik dari bercuti, mak bapak hantar jauh2... aku terpikir gak.... macam mana travel jauh2 tu..kesian mak bapak... dan macam mana kalo aku kt tempat dorang, sebab aku nak merasa mengembara... hah...dapat Taiping, baru la rasa...kekeke.
Berbalik ke realiti dan fantasi, betul la... kadang kala aku rasa orang tu buat baik dengan aku, tapi sebaliknya...rupenye menggunakan aku... ramai orang mcm ni. Macam orang bisnes lak. Tetiba je buat baik...sedangkan kat mata terbayang2 duit (Tapi orang bisnes ni ade gak yang berusaha gigih, tu exception). Macam terikat dengan fantasi je, hari ni dia leh gelak2 dengan aku, esok2 dia layan cam ape (berikan ape saja nama : mcm haram, hampeh dll). So, betul ke aku ni dilayan baik. Kadang-kala konpius gak aku. Dulu aku kesah, sekarang ni aku cuba untuk tidak kesah. Banyak lagi benda leh buat. Bak kata mak aku..bukan kerjaan la!!(sleng Pahang)..yang bermaksud, tak kuasa aku! atau bukan kerja aku! hehehe. Kalo aku rasa aku buat baik sesungguh hati aku, aku akan satisfy dengan diri aku dan aku akan biar je suckers tak sedar diri kat belakang aku. Huh....

Indigo
Nafas Terakhir


Kian lama ku harungi sendiri
Perjalanan hidup sungguh sepi
Namun hati kian tabah
Menghadapi cabaran cinta...
Di dunia

1
Selama hujan masih membasahi bumi
Selama matahari terus menyinari
Selama embun hadir di pagi hari
Ku kan mengharap kasih menjelma
Kembali di sisi ku ini

Takkan ku biarkan semua impiku
Musnah di dalam minda ini
Sehingga harapan menjelma
Di suatu hari nanti

2
Selama hujan masih membasahi bumi
Selama matahari terus menyinari
Selama embun hadir di pagi hari
Ku kan mengharap kasih menjelma
Kembali di sisi ku ini

Gembira hati membisik kata
Kiranya cinta lahir di jiwa
Diriku tetap menunggu
Janjiku seperti dulu
Kan setia kini...
Sehingga diriku pergi

Selama dunia masih berputar
Selama matahari menyinari bumi
Selama ombak pantai saling mengasihi
Ku kan mengharap kasih menjelma
Kembali di sisi ku ini

Sehingga nafasku terakhir

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

bagus mengembara jauh2 nie..kenal tmpt org, jumpe org yg bukan dr rumpun kiter.. cam aku , asal penang..dl,,sblom alevel aku masuk utm, nunjauh kat skudai tu..pehtu dpt lak roommate kelate.. automatik jd oghe kelate..eceh..paper pon tmbh pengalaman yg penting tuh ekceli

Thursday, December 15, 2005 2:33:00 AM

 

Post a Comment

<< Home

 
free hit counter script