Retro lagi.... jgn kaco bini org la!! Hehehe..
Retro kembali lagi... kalau peminat2 setia blog aku mesti kenal ngn ingat kisah Mencari Cinta yg sekeping2 aku cerita dulu bukan? Bukankah?
Mencari Cinta
Cut I
"Zal, kau takde awek ke?" tanya Dino. Perbualan lelaki sesama lelaki telah bermula. Aku tersenyum. Ade ke tanya soalan tu pada aku? Dino tambah lagi apabila aku buat bisu, "Penting ada awek ni Zal. Haa, nanti kalau kau jalan-jalan dia boleh teman, paling best kalau kau belajar lagi. Kat universiti ke, masa grad awek ade kat sisi. Tak ke cun?" Aku cuma dapat gelak besar. Lawak sungguh Dino ni rupanya. Dah lama jadik jiran satu blok pun, baru ni kenal si Dino ni macam mana rupanya. Peramah. Kawan yang terbaik semasa aku dah terfikir aku tiada teman.
Gelak aku terasa kat perut. Senak.
"Macam kau ade awek. Terceruk dengan lukisan arkitek ko kat dalam bilik sini, macam ada?" aku cuba membalas selepas habis melepaskan nafas tergelak aku tadi. Dino tak marah tapi membalas, "Eh ada, awek aku. Junior zaman sekolah aku dulu. Aku jadik buruan ko tau? Ada kelab peminat lak tuh." Dino mencapai rokok sebatang dan menyalakannya. Dia hisap. "Diala perempuan paling lawa masa kat sekolah aku dulu," ujar Dino bangga sambil mengangkat kening ala poyos."Waaah," aku membalas konon rasa bangga, "kau sekolah mana dulu Dino? MCKK? SDAR? STAR? SAS?" Ayat2 aku dibalas dengan gelak ketawa. "Yelatu...kau ingat aku gay ke?" selar Dino pada aku.
Cut II
Pandang muka Ila.... Apsal aku rasa sejuk dan nyaman ni? Rambutnya yang panjang mengurai, berlabuh di leher. Mata...... eh kenapa lak aku terasa camni ha? Ini bukan kisah pontianak la. Mata aku masih lagi terpaku. Sambil tangan sedang membuka bungkusan mee goreng mamak yang masih panas tu, aku masih lagi ralit melihat kejelitaan adik Dino ni. "Kau nak makan mee ke, kau nak makan adik aku?" celah Dino tiba2. Hampes.
Cut III
Nafas aku turun naik. Mukaku merah padam. Aku tak percaya.
"Kau tipu! Aku tak percaya Ila dah kahwin!" jerkahku seperti budak-budak."
Kau tak percaya tu masalah kau. Ya Allah apa kau ni? Aku cakap yang benar, kau tak percaya. Kau kata aku tipu. Tak percaya sudah. Aku benci aa orang tak percaya cakap aku!" balas Dino.
"Argh, kau saja. Kau saja nak asingkan aku dari dia. Weh, tengok muka aku weh! Berapa banyak kali dah aku kecewa. Kau...aku anggap kau sebagai kawan. Kau tipu aku....kalau betul pun...kenapa sekarang baru kau nak bagitau aku? Kau ada apa dengan dia?!!" soal aku. Jari aku semakin menuding ke muka Dino. Dia masih lagi kaget duduk di kerusinya.
Dino diam seketika. Kemudian bersuara, "Tak percaya sudah. Esok kau tanya Ila sendiri," jawabnya perlahan.
"Apa nie...Ya Allah.... Korang nie gila ke bercinta sesama adik-beradik? Kau dah gila ke?!! "
Dino kemudian pergi sendirian membeli mee goreng mamak. Cadangan nak mengajak Rizal bersama tak menjadi. Satu ketika, wang syilling 50 sennya jatuh di tengah2 jalan raya. Ketika jalan sunyi dan lengang, Dino cuba mengambil syilling tersebut. Tiba-tiba sebuah kereta entah dari mana, memecut deras ke arah Dino. Degupan jantung Dino terhenti di situ...buat seketika.
Apa hubungan Dino-Ila? Benarkah mereka adik-beradik? Benarkah Ila itu yang dimaksudkan Dino sebagai teman wanitanya?
Cut IV
"Kami tak pernah kata kami adik-beradik! Yang kami pernah kata, awak, saya dan Dino macam adik-beradik!!!"
Kelu lidah aku. Apa yang aku cari selama ini? Aku lupa diri aku. Aku ingat aku sahaja yang betul. Apa yang aku rasa bagus untuk aku, semua itu adalah betul.
Ila........ hilang,
Dino..........., pergi buat selamanya,
Aku........., pedih jiwa...... mulanya aku pernah terfikir untuk tidak mengharap. Tetapi aku tak pedulikan. Seperti yang aku jangka terjadi....Yang perlu aku cari sebenarnya ialah mencari Dia........
Aku kutip duit syilling yang terjatuh tadi.
Aku berdiri tegak semula.
Pang!! Pandangan aku gelap........
Kesian si Rizal.....kesian Dino...kesian Ila.
"Kalau aku cari Dia, Dia tentu bagi aku macam2. Kini baru ku tau..."
TAMAT

0 Comments:
Post a Comment
<< Home