Sunday, May 21, 2006

Dadah celaka

Aku rasa la kan, artis memang tak leh pakai dalam kempen nak memerangi sesuatu.

Aku memang benci dadah. Bagi mereka yang tak mengetahui kenapa aku bermaksud macam tu, aku tak peduli tau ke tak. hehe..sori...


but, bila Mawi delcare kata Belia Benci Dadah hari tu, aku tak yakin aa Mawi, seorang artis yang mempunyai aura sebegitu boleh memimpin remaja ataupun belia sekarang untuk tidak menghisap dadah. Kita semua tau Mawi nyer family history pun ade kait mengait sikit pasal dadah dan kita sedia maklum dia pun benci dadah.


Tapi ape jadi? Aura dia tuh, cukup hanya nak berhibur bukan untuk menegah. Kita konon berharap dengan kempen sebegitu penagih2 akan sedar. Bukan mudah untuk menyedarkan penagih. Susah!
Katakan anda ibu bapa kepada seorang penagih dadah, apakah kerisauan yang anda perlu hadapi? Hanya mereka yang mengalaminya sahaja merasai. Setakat kempen melaung2 tidak ada gunanya. Turunlah padang wahai pada mereka yg sepatutnya mencegahnya. Bukannya mengharapkan individu tertentu dengan aura tertentu yg menggalasnya.


Kini, laungan Belia Benci Dadah hanya dikutuk2 remaja, kononnya yg melaungkan hanya peminat Mawi,dijadikan bahan jenaka dan ejekan . Walau ada yang serius melaungkannya, hanyalah mereka yg pernah mengalaminya (contoh: disebabkan ahli keluarga dan sebagainya)


Aku baca berita kt utusan hari ni, kisah pasal penagih yang insaf yang telah berkahwin baru2 ni. Baginya susah untuk menghindarkan untuk menagih semula. Betul katanya. Walaupun sudah berhenti menagih, ada sahaja cubaan kawan2 yg masih menagih dadah, menghasutnya untuk menghisap kembali. Penagih2 yang sedia ada inilah celaka yang amat celaka kerana merekalah yang menyebabkan proses menagih ini berterusan. Mereka inilah yang terus menyebabkan bilangan penagih dan tidak kurang juga penghidap HIV/AIDS terus meningkat.

Jadi, nak harapkan artis?
Nak salahkan ibu bapa tak menjaga anak?
Polis?
Ermm...ntahlah.

p/s - Sila jangan tanya soalan mengarut dekat aku punya shoutbox ok. Jangan jadik penagih campak jarum kt situ.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

bagi aku, kempen dadah yg guna artis tu semuanya bisnes semata2. kita boleh menegah, tapi kita tak beberapa upaya nak mengubah.

Wednesday, May 24, 2006 11:35:00 AM

 

Post a Comment

<< Home

 
free hit counter script