Tepukan untuk orang lain
Yeahh!! Aku menepuk tangan... rasa gembira di hati melihatkan kegembiraan dan kebahagiaan orang lain. Biarlah aku belum lagi merasai kebahagiaan sebegitu namun insya Allah jika kita bersyukur dengan apa yang ada, Allah SWT akan memberikan lagi limpah rahmat dan nikmat kepada kita pada masa depan. Ya, aku yakin. :)
Walaupun bengang rasa hati, namun aku yakin, aku tiada salah apa2. Aku hanyalah seorang manusia biasa ada kelemahan tersendiri. Ada orang itu terlampau meminggir2kan orang yang dia rasa perlu dia layan baik dan melayan orang mana yang perlu dipandang dan dijawab soalannya dengan baik. Aha, aku tau la background kau yg dari kecil mmg dh hidup agak senang beb, tapi bertimbangrasalah. Nak masam muka, nak tunjuk diri tu terlampaulahhh Hakim Dunia untuk mengadili manusia baik dan tak baik, tak perlu la di dunia ni. Nasib baiklah aku mempunyai ibu yang telah mengajar aku supaya berbuat baik pada semua orang, Alhamdulillah walaupun background aku agak susah juga.
Kadang-kala kita perlu ignore orang2 macam nie. Tapi orang2 macam ni la yang akan meneruskan zuriat yg menyombong pada org2 lain tanpa sebab2 yg kukuh. Kadang-kala kita perlu ajar sedikit org macam ni. Sedar tak sedar, itu terpulang pada diri sendiri untuk berubah bukan?
Aku pernah bertanya pada orang tu, kenapa kau layan aku macam tak layan? (sebab aku pun manusia juga). Jawapannya mudah, "Kalau aku bercakap dengan kau, dan kau bercakap dengan aku, ade kau pandang muka aku?" Wah, seperti orang besar pula jawapannya. Ramai sudah aku jumpa orang. Takde yang seorang macam orang ni...(ya! ORANG). Bila aku mahu memberi jawapan, seperti disergah, "Cuba pandang muka aku bila bercakap!" Ya, dalam ingin mencari jawapan, aku di hentak sebegitu. Cuma sebegituuuuuuu, itu alasannya? Mudah sahaja dia membodohkan2 aku. Mudah sahaja aku di'bibik'kan.
Aku pelik, sampai sekarang, sepeti dingin lagi. Walaupun aku dh cuba buat baik. Pandang muka dia bila bercakap. "Pusat boling skrang bukak pukul berapa?" Cepat2 sahaja dijawab "Tak sure!" Malas nak layan kan? Aku tau. Takpela. Prinsip aku dh mudah, aku tk pandang sape juga bila bercakap, tapi aku tak pernah ada perasaan nak menyombong tk tentu pasal. Cuma aku kadang kala tak memandang muka, bukan sebab aku menyombong. Sesiapa yang memikirkan aku menyombong kerana aku tk pandang muka, dan kadang-kala juga aku mendiamkan diri, cuba2 lah rawat perasaan. Aku takde langsung rasa nak menyombong kerana aku pun boleh bercakap, cuma aku bercakap bila perlu dan bila aku rasa itu yang terbaik.
Kawan orang tu hari tu boleh pulak kata aku mengatakan sesuatu yang tak baik, padahal aku cuba membuat lawak (ye la, lawak tak jadi). Mungkin dah diracun perasaan orang tu supaya jangan layan aku sgt sebab aku buat JAHAT padanya.
Pada orang itu, hidup anda memang senang, senang sekali supaya orang sentiasa mengikut bontot (cara) anda. Kadang-kala ada juga aku lihat orang lain yg bercakap dengan dia mcm cara aku bercakap, tapi dilayannya baik juga. Biarkanlah, kebencian orang2 senang ni susah nak direpair. Senangkanlah pula hidup orang lain! Tak payah pandang muka aku, pandang langit ketujuh!

2 Comments:
org tu tgh bad mood la time tu chal.. org lain pun die tk lyn gk.. cume org lain buat tk perasan je.. dun take it serious k..
be happy tau =)
Thursday, October 26, 2006 12:55:00 AM
aha, aku limitkan jugak time aku, sebelum aku rembeskan sume2 kt atas tu, aku dh kasik masa kt orang tu. Dia mintak aku berubah, i did my best okay!! now it's done! kalau aku US, aku dh cm declare la kt atas Iraq. Coz i dun did nothing wrong, he/she yg kena pk jugak. bukan bodo tp pandai. bukan miskin tp kaya. pk sikit tk leh? mintakla dia pk sikit. nway if u r his/her friend doa2kanlah untk org tu berubah ok. i knew u already guess it right who is that ORANG or Manusia!
Thursday, October 26, 2006 7:00:00 AM
Post a Comment
<< Home