Friday, December 22, 2006

Anda sempurna ke atau senget otak?

Retro isi blog aku dulu2:

Satu malam tu aku naik s-Bahn (Tram) nak balik rumah. Tiba2 ade je sorang mamat ni naik tram dan berdiri depan pintu tram tu. Pintu tram tu pun tertutup ngn automatiknya. Pastu nampak dia buat signs pakai tangan. Buat bunyik2, yang at first buat aku rasa annoying sebab aku tk tgok betul2 sgt. Aku tgok thru' cermin reflection je. Pastuh, aku tertengok la jugak. Rupa2nya dia ni orang bisu and ada lagi sorang kawan dia kat luar kt depan pintu tu sedang 'berbual' dengan dia dengan menggunakan bahasa isyarat. Aku start rasa kesian. Pastu tram pun start bergerak. Si member kat luar ni pulak siap kejar2 tram tu nak tgok member dia tu, mcm kali terakhir je pulak. Aku pulak start la rasa sebak. Sedih. Rasa cam nak nangis je. Orang bisu pun ade member yang memahami. Sedihnyer....

Terbaru:

Sebelum aku pergi Jerman nie, aku ade la terpk nak wat kebajikan ngan orang2 istimewa tak kisahlah kanak2 sindrom down ke, org tua yg terpinggir ke, mana2 aje. First time aku rase sedih dan ter'trigger' (heh, bahase!) nak wat mende2 nie bila aku tgok Siti Musliha. Mula aku nampak Siti Musliha ni masa dia belum muncul lagi kt TV sebab Siti ni anak kepada kawan makcik aku. Tiba time hari raya tahun bila aku tk ingat le, aku pergi beraya umah makcik aku. Kebetulan pastu family Siti Musliha mai ziarah gak. Waktu tu aku tengah makan. Aku dgr bunyi budak ppuan celoteh gila borak2 kat ruang tamu. Pas makan aku duk depan TV, tp lom tgok agi muka si Siti ni agi. Bila si Siti start mula nyanyi, (lagu Curiga - Ning Baizura kot), aku pandang aa tgok muka dia sbb dia nyanyi bes sgt. Terus sebak gila tgok muka dia nyanyi. Siti cam enjoy herself menyanyi despite of kekurangan dirinya. Macam nak nangis. Tapi aku kontrol la hahaha. Aku tambah lagi sedih tgok dia pegang kuih karipap masa dia nak makan. "Kuih ape ni makcik?" sambil dekatkan kuih tu kt mata dia yg sepet tu sbb nak tau kuih ape yg dia pegang. Sedih siotttttt...sedih gileee... Aku kontrol abes... balik umah time tido, aku nanges jurai2... terus niat dalam hati satu hari nanti aku mesti tolong orang2 camni. Tambah lagi aku beratkan lagi tanggungjawab aku pergi Jerman ni kerana orang2 istimewa ni. Kalau aku berjaya, insya Allah aku akan membantu mereka suatu hari nanti dengan kudrat aku sendiri juge.

Bukan kisah Siti sahaja yang menarik perhatian aku. Masa form 4 pernah jugak pergi wat assignment kat sekolah istimewa. Aku ambik seorang budak autisme. You know, autisme, satu kekurangan dr segi mental apabila pesakitnya berada dalam dunia dia sendiri. Sekejap dia ketawa sendiri, sekejap dia menangis secara tiba2. Mental berubah dengan cepat dengan sendirinya. In short pesakit autisme mempunyai kekurangan untuk berinteraksi. Berseorangan dengan dunia sendiri, sambil mempunyai kesukaran utk menuturkan kata2. Aku rasa nama budak yg aku ambik tu Ahmad kot. Yg sedih first time aku tgok dia, dia duk sorang je kt satu sudut meja tgh nak kaler lukisan. aku dtg kt dia, sebut nama dia "Nak buat ape tu?" aku tanya dia. Ahmad pandang aku, pastu sengih2. Dia ambik pensel kaler, dia warna2 cam tak peduli je. Pastu aku start le tanya2. Suka kaler ape, ajar ni kaler ape, start jadik kanak2 aa kaler bersama ngn Ahmad. Sengih2 je si Ahmad aku ajar jenis2 warna. Paling sedih bila dia nak tuturkan perkataan kaler2 tu...merah jadi mye...yahh... dgn penuh urat2 muka nak tuturkan. Sedih giler. Hmm, bersyukurlah aku dpt gak bercakap walaupun ade ramai orang komplen aku ckp tk jelas, susah nak paham, haaa aku sumpah dpt anak autisme kang br tau. (mode suara real tone handphone suara bapok tu, penah dgr ka?) hahaha....tak baek ang nie... pa diaaa?

heh... ngantuk giler... aku gi Weihnachtmarkt (Christmas nyer pasar malam hahahha) tadi before ending up makan Linsensuppe (Sup kacang dal, macam makan kuah kacang dal laa...tp makan ngn roti) sebelum balik rumah. Got a calendar from Cinemaxx for next year... with Gutschein (Coupon) for each month. Ada cam discount and hadiah utk setiap bulan. Setiap bulan ada 1 kupon utk diredeem kan. okla till next time.bye...

p/s: sapotlah saya untuk membantu orang2 teristimewa di muka bumi ni. kadang2 layan org normal pun headache juge...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
free hit counter script