Saturday, January 05, 2008

Ke-glamer-an dari Hati

Tajuk aku hari ni bukanlah diinspirasikan daripada tajuk album terbaru kakak Siti tu, tapi merupakan satu luahan kejutan dari hati sanubari ku ini. Untuk menceritakan kisah ini, aku perlulah masuk mode wartawan hiburan Malaysia kita yang suka membuat cerita kecik jadi besar, contoh seperti apabila ada artis yang tidak tegur wartawan tu dekat disko ketika sedang berjoget( for sure la org berjoget tu tak nak berhenti joget, bodoh gile wartawan kite ni, sensitip takde akal) atau kisah artis pinjam jaket tak pulang2kan balik kepada artis sorang lagi ke... mcm gitulah sedikit sebanyak contohnya.
So dalam edisi blog y0! elchal kali ni aku nak wat lebih kurang begitulah caranya:

Selama ni elchal ingat si D ni memang suka la melawak, so, memandangkan elchal ni bukanlah suka gelak sangat dengan lawak dia ni, so elchal tak kisah la.... tapi kisah tempoh hari rupenye membuka lembaran baru untuk si D ni. Walaupun D ni muda, tak blehla lagi elchal nak kata "Ala, budak2 mmg la camtu" sebab dah besar panjang dah D ni, 20-an,la. Bak kata orang, $ยง%& dah sunat dah, air $%#+ dah fountain dah, paham2 ajelah ape elchal maksudkan.
Memangla ade orang lain di sekeliling dah suka kutuk kata si D ni suka nak amik perhatian orang, tapi elchal tak beli semua tu (I'm not buying it la, dalam bahasa London). Rupenye memang perangai dia camtu, dia buat on purpose. Kalau boleh nak tunjuk semua bakat yang ade pada diri dia nie, lagi2 pada elchal ni agaknya. Biasalah macam kt tmpt kerja, orang2 bawahan yang nak naik2 nie sure nak tunjuk pada orang2 atas yang dh lama nie... in order dalam nak naik pangkat. Tapi dalam hal ni untuk namanya disebut2. Bak kata orang, si D ni mcm masuk bakul angkat sendiri la. elchal pun malas nak cakap dengan dia ni selalunya. Sebab dia pun rase elchal ni serius je kot, tak macam dia. Tak dinafikan dia ade byk bakat la, bukan sahaja sesetengah jenis sukan, tapi dalam pengetahuan dan kepakaran yang lain2. So, apelah maknanya dia nak menunjuk2 itu? Sebab itulah elchal datang pada konklusinya, bahawa mmg perangai dia cm tu nak menunjuk2 dan bak kata entertainment-side of vocabularynya, glamour yang dicari.
Tapi untuk mempositifkan apa yang elchal lihat tu, si D ni melakukan perkara yang sepatutnya. Maklumlah ade pakar motivasi tu kata, apa salahnya kita lakukan sesuatu untuk mendapat perhatian dan pujian orang ramai, kerana sedikit pujian itu boleh lift up kan performance harian kita dalam masyarakat dan utk bersosial dgn lebih yakin lagi.
Tapi (lagi) kalau dah tak dapat sesuatu tu, janganlah tunjuk perangai buruk nak emosi. elchal ni byk kali dh tak dapat ape yg nak, kadang2 tu emosi jugak. Tapi bila elchal dh dpt tu, elchal SHARE la jugak dgn yang lain. hihihi....

elchal: Ala kadar je dgn ape yang patut.... tak suka jugak kata orang lain emo, padahal diri sendiri tu emo 24/7 jugak, termasuklah bulan Ramadhan!! hihihi...

OKlah, tu je lah kot sedikit sebanyak coretan aku. For sure ade yg kecik hati nyer, tapi lantaklah. Aku punya blog, suka ati la mau tulis ape eh... aku suka blog kawan aku si Dalie tu, serius lawak dan freedom gila dia menulis dan semua orang komen tabik punya. Siap boleh komen setiap staff tmpt dia bekerja. Sila check her blog dekat ruangan Bloggers Cun & Macho (Dalie aku tau ko bace nie, nanti aku balik Msia jgn lupe byr komisen promosi nie).
Biasalah aku takut jugak, aku ni bukanlah influential sgt, tapi nak berani sgt tulis menda2 camni kt blog sendiri. Ye la... budak2 dh pergi luar negara ni, ego dorang tinggi sikit la. Komen sikit, melenting la jawabnya. "Kami ni dak2 pandai"...ye ke ? ehem ehem buwekk lah. Tambah2 lak aku ni pendiam, maka berani gila la dorang nak sound aku ape2 atau tak nak setuju komen atau ajakan aku pada bila2 masa atau sewaktu dengannya. Takpelah. Kata member aku si Adek, dorang tu tk bagi kudis pun kat kita. Buat tak tau je.

Alamak dh terbawak2 lak perangai wartawan hiburan Msia. Tabaik tawwww!! (geli).

p/s: Review 2007 part II aku takde idea dah nak tulis ape, nantilah aku review akan datang. Yg part I pun aku lom update. Later dalam Februari aa aku update.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
free hit counter script