Wednesday, October 17, 2007

Hari raya ke lima di perantauan

Dah lama dah aku tak memblog. Sebab tu jugak la statistik lembik blog aku ni menjadi sudah amat lembik sehingga mencatat rekod 0 pengunjung selama 3 hari dalam seminggu. Hah lantak lah. Sebaik sahaja aku habes praktikal hujung bulan lepas 31 Ogos 2007, parents aku sampai sini pada 3 September dan sejak itu aku agak busy jugaklah sebab sibuk melayan parents di samping berjalan2 ke Paris dan London . Sebab tu la untuk satu2nya entry bulan lepas aku letak gambar sebijik je. Kiranya cam sesetengah bloggers zaman kini la, meletak gambar je sebagai entry... hahaha. Bukan perli okay.

Parents aku stay sehingga 21 September, that means dorang stay berpuasa sini seminggu. Mak aku masak macam2 walaupun bahan2 seperti rempah amat limited dan harga barang2 Asia Markt tu agaklah mahal tapi dapat gak la aku merasa masakan mak aku untuk tahun ni. Kadang2 time tu, rasa macam tak percaya, bgn pagi je, parents ade dekat Jerman ni dgn aku. Walaupun agak risau jugak dengan kesihatan dorang tu, tapi aku bersyukurlah dapat jugak la hajat aku nak bawak mereka berjalan2 disini dengan agak berjayanya.

Lepas parents aku balik, aku berada dalam dilemma pasal nak pindah rumah baru sebab aku takde driver untuk mengangkut barang2 aku. Last2 minutes aku decided mengambil perkhidmatan utk mengangkut barang tu, actually aku hanya mengambil service membawa van je sebab orang Jerman yang aku tempah tu cuma tgok je aku ngn jr2 yang tolong aku ni angkat barang. Ade la dia angkat sedikit2 barang. Lagipun orang Jerman tu agak cam psiko sikit dan mata dia juling (bukan nak hina). Ade la mula2 aku cm cuak sikit eh, sebab masa awal2 nak tempah dia nyer van ni sikitnye susah, aku call je dia tak angkat, pastu dia suruh aku confirm hari nak angkut barang tu menerusi e-mail lak. Tensi dan macam2 aku pikir pasal mamat jerman ni, last2 bila dah tgok dgn mata sendiri, baru la tau sebab ape dia camtu.

So dalam seminggu tu 24 September dan so on, aku agak busy la dgn appointment lain2, cuci rumah lama sebelum serahkan pada tuan rumah la (dalam 4 hari camtu). Pastu nak register utk rumah baru. Settlekan elektrik punya hal la dan lain2 sampai la bukak semester baru pada 2 Oktober lepas. Rumah baru ni kecik bebenar, so brg semuanya tk muat nak letak nih, sampai sekrang ni pun masih aku pening2 nak susun barang. Buat masa seminggu lebih puasa sebelum raya aku stay rumah junior dekat rumah baru aku ni. Terima kasihla aku ucapkan utk diorang sebab sponsor aku makan buka puasa. Semoga dapat pahala besar la dorang tu menjamu aku makan buka puasa sepanjang aku duduk dgn dorang tu. siap dgn makan sahur skali tu. danke...

Semester ni merupakan semester second last aku. So dalam semester ni aku perlu la menghabiskan subjek2 aku sebelum next sem aku memulakan thesis aku. Semoga semua mendoakan aku la, semoga aku berjaya semester ni...dan juga semester akan datang.


Aku rasa masih tak terlalu lambat atau lewat lagi utk mengucapkan




Selamat Hari Raya Aidilfitri 1428H kepada semua pembaca blog ni.

Maaf Zahir dan Batin


Kepada member seangkatan yang masih belajar mcm aku, semoga berjaya utk semester ni dan semester akan datang, kepada yang sudah grad tu tahniah dan selamat memasuki alam pekerjaan. Ada juga yang ikhlas nak kata dorang tu dah grad, ada yang sesetengah tu tk tau la nak kata ape sebab obviously mcm bangga sangat sampai naik mual tgok pun ade, sebab ade yang perli aku tak habes2 lagi, tapi bak kata Dalie, watper aku nak gelabah2, nanti bila dah kerja pun rasa cm nak balik belajar semula dan bak kata Sue, rezeki masing2. Insya Allah setiap orang ada dan akan dapat rezeki masing2.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
free hit counter script